ARMANI BEAUTY I WILL BAWA VISI MASKULINITI BAHARU KE SURIA KLCC
Armani beauty mengajak peminat wangian lelaki meneroka sisi baharu maskuliniti menerusi I WILL fragrance pop-up.
Acara pop-up Armani I WILL ini berlangsung dari 23 September hingga 4 Oktober 2026 di Centre Court, Suria KLCC. Menampilkan pelakon British, Jonathan Bailey sebagai wajah kempen, I WILL hadir sebagai tafsiran segar Armani beauty terhadap maskuliniti. Ia bukan sekadar tentang penampilan, tetapi turut menonjolkan keyakinan diri, kekuatan karakter dan keazaman untuk menjadi versi terbaik diri sendiri.

Bertemakan kuasa kehendak dan self-excellence, pengalaman di pop-up ini direka untuk membawa pengunjung menyelami dunia I WILL. Segalanya menerusi beberapa pengalaman interaktif, daripada penerokaan wangian sehinggalah sesi bergambar berkonsepkan Hollywood.
SELAMI KARAKTER I WILL
Pengunjung boleh meneroka Olfactory Experience. Ia merupakan sebuah pengalaman yang memberi peluang untuk mengenali dengan lebih dekat karakter dan nota wangian I WILL. Membawakan gabungan elemen kuasa serta keanggunan yang lebih sofistikated, pengalaman ini memperlihatkan bagaimana identiti wangian I WILL dibentuk untuk menghasilkan karakter yang tersendiri dan tahan lama.

Bagi mereka yang mahu merasai pengalaman seperti berada di set filem Hollywood, Paparazzi Photobooth menawarkan ruang bergambar dengan latar sinematik. Direka berinspirasikan kemeriahan dunia selebriti dan paparazi, pengunjung boleh merakam momen mereka sendiri sebelum menerima jalur foto filem yang diperibadikan sebagai kenang-kenangan.
Lebih menarik, pembelian wangian I WILL turut hadir bersama peluang untuk menjadikan botol wangian lebih peribadi. Pelanggan boleh mendapatkan ukiran percuma pada botol dengan menampilkan sentuhan pilihan sendiri, menjadikan wangian tersebut lebih unik dan bersifat peribadi.
Bagi yang ingin mengenali lebih dekat dunia I WILL sambil menikmati pengalaman interaktif yang diinspirasikan oleh sinema dan dunia selebriti, pop-up Armani beauty ini boleh dikunjungi sehingga 4 Oktober 2026 di Centre Court, Suria KLCC.
Pautan berkaitan: BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.











