BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?
Jika anda sudah menonton Gladiator II di pawagam, pasti anda terkesima melihat fizikal Paul Mescal dalam filem arahan Sir Ridley Scott itu.
Otot tubuhnya yang kekar jelas kelihatan walaupun dilindungi dengan sut kulit dan perisai. Bagaimanapun ketika membintangi A Street Car Named Desire, tiga bulan sebelum penggambaran Galdiator II, susuknya kelihatan jauh lebih kecil.
Hakikatnya bukan mudah untuk melakukan transformasi tubuh dalam tempoh hanya tiga bulan. Jadi bagaimana Paul mencapainya?
Jurulatih peribadinya yang juga bekas tentera laut, Tim Blakeley berkata transformasi besar biasanya memerlukan lebih banyak masa. “Paul agak kurus, dan walaupun pada pandangan saya dia mempunyai genetik yang baik, kami tidak mempunyai masa untuk membentuk badannya yang melibatkan penambahan otot dan lemak,” jelasnya.
Justeru dia memilih alterlatif lain yang memerlukan aktor berusia 28 tahun itu bekerja keras untuk menambah saiz badan dan menjadi lebih kuat. Tambahnya, Paul muncul di gim untuk bersenam bersamanya setiap hari tanpa gagal.
Rutin Senaman Paul Mescal
Aktiviti senamannya melibatkan angkat berat untuk memberi rangsangan kepada ototnya supaya berkembang. Walaupun Paul sudah lama tidak melakukan angkat berat, dia mempunyai memori otot daripada masa lalu dan itu agak membantu.
Sesi dibahagikan kepada tiga kumpulan pada awalnya: Tolak, tarik dan kaki, sebelum memberi fokus pada satu bahagian badan setiap hari. Menurut Tim, tidak sukar menyelia Paul kerana dia memahami setiap inci tubuhnya dan belajar dengan cepat.
Tambah jurulatih dan ahli bina badan itu, ada beberapa perkara yang perlu diambil berat jika mahu mendapatkan otot fizikal seperti Paul. Pertama, berhati-hati ketika mengangkat berat dan pastikan ia selamat. Kedua, diet juga perlulah tepat.
“Lebih 80% daripadanya bergantung pada nutrisi. Anda perlu mengambil kalori sedikit berlebihan yang mengandungi protein dan lemak penting,” katanya.
Paul mengakui mendapat bantuan untuk memiliki tubuh sasa bagi peranannya dalam Gladiator II. Makanannya disediakan setiap hari untuk memastikan dietnya seimbang dan dia mendapatkan urutan badan setiap minggu bagi memulihkan ototnya yang letih.
Foto: British GQ
Pautan berkaitan: 5 MANFAAT SUKAN TINJU UNTUK KESIHATAN TUBUH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM TERBAIK PEDRO PASCAL ANDA WAJIB TONTON TERMASUK GLADIATOR II
Glam Lelaki senaraikan filem Pedro Pascal yang meraih skor tertinggi daripada pengkritik Rotten Tomatoes.
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN GLADIATOR II
Kota London hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Gladiator II. Tinjau gaya pilihan mereka.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024
Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.
“SAYA CEMBURU” – RUSSELL CROWE MENGENAI SEKUEL FILEM EPIK GLADIATOR
Sekuel filem tersohor Gladiator kini sedang dalam pembikinan, kira-kira 23 tahun selepas filem pertamanya ditayangkan di layar perak.
PENGGANTI RUSSELL CROWE UNTUK FILEM ‘GLADIATOR 2’ SUDAH DITEMUI
Pelakon yang semakin meningkat naik ini telah menewaskan beberapa nama besar seperti Austin Butler untuk menggantikan Russell Crowe dalam filem “Gladiator 2’ arahan Ridley Scott.