Skip to content

BERANIKAH ARTIS LELAKI KITA MEWARNAKAN KUKU?

Kongsikan artikel ini

Lelaki tampil dengan warna atau seni merias kuku bukan sesuatu yang baharu, malah kini dianggap cool. Tapi beranikah artis lelaki kita menerokai stail sebegini?

A$AP ROCKY

Lelaki dengan kuku berwarna sebenarnya bukanlah satu gaya yang baharu walaupun ada sesetengahnya masih merasakan ia sesuatu yang sangat tabu buat lelaki. Ada yang beranggapan kuku berwarna itu lebih bersifat feminin. Namun kalau diselak-selak kembali foto-foto penyanyi lama, memang ramai yang mewarnakan kuku lebih-lebih lagi di kalangan bintang rock seperti David Bowie. Bowie yang sangat terkenal dengan imej adrogynous itu acap kali dilihat dengan kuku berwarna baik untuk persembahan pentas mahupun penggambaran majalah, lebih-lebih lagi di awal era Ziggy Stardust. Memang itu sudah jadi stailnya. 

Kekasih terbaru Rihanna yang juga penyanyi rap, A$AP Rocky dalam satu temubualnya bersama majalah Vogue ada berkata, “Saya rasa lelaki seharusnya dibenarkan mewarnakan kuku tanpa rasa ia adalah sesuatu yang bersifat feminin.” 

BERANIKAH ARTIS LELAKI KITA MEWARNAKAN KUKU?

DAVID BOWIE

Trend lelaki mewarnakan kuku tampaknya kembali hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bukan sahaja sudah jadi satu benda mesti ada dalam rejim grooming selebriti, malah ia sudah diserap masuk ke pentas fesyen. Nail art adalah satu gaya yang harus lelaki terokai, ia buat lelaki berasa cool. 

Harry Styles antara bintang pop masa kini yang begitu selesa dengan gaya kuku berwarna. Saya fikir Harry Styles mungkin terinspirasi dengan gaya-gaya David Bowie (juga kelahiran United Kingdom) yang begitu senang dengan gaya-gaya seakan perempuan. Itulah yang cuba Harry Styles terapkan apda penampilannya. Gayanya selalu ada unsur feminin; dari renda, organza mahupun busana berpotongan feminin. Dan selalunya dia menyarung Gucci.

BERANIKAH ARTIS LELAKI KITA MEWARNAKAN KUKU?

PAUL KLEIN, VOKALIS LANY

Lagi satu saya juga suka melihat vokal utama kumpulan LANY, Paul Klein. Dia membuat mewarnakan kuku itu nampak sangat cool dan relaks. Dia menjadikan mewarnakan kuku di kalangan lelaki itu bukan satu statement gaya yang keterlaluan, bukan sesuatu yang mahu ditonjolkan tetapi sebaliknya adalah satu gaya normal, sama seperti mana orang perempuan mewarnakan kuku.

Di kalangan selebriti Malaysia ketika ini, saya belum nampak ada penyanyi lelaki (di saluran mainstream) yang berani menghidupkan gaya ini. Mungkin masih belum berani berdepan dengan pandangan peminat atau netizen. Jika bijak dan berani mengambil risiko, saya rasa penyanyi seperti Hael Husaini, Yonnyboii, Zynakal, Sonaone atau Azlan Typewriter harus gunakan peluang yang ada ini untuk menghidupkan semula trend penyanyi lelaki dengan kuku berwarna. Noh (Hujan) orang saya rasakan tepat untuk mempopularkan trend ini kembali di sini. Dia boleh jadi trendsetter walaupun ia bukanlah sesuatu yang baharu.

BERANIKAH ARTIS LELAKI KITA MEWARNAKAN KUKU?

JOHNNY DEPP

Setengah mereka mungkin berani dan ada keinginan, tapi kadang-kadang pengurus atau syarikat rakaman yang tidak mahu memberi lampu hijau kepada mereka, risau dan terlalu memikirkan ‘carutan’ netizen. Jika tidak silap saya, dulu-dulu Amy Search sudah beberapa kali tampil mewarnakan kuku di persembahan pentas dan karpet merah, jadi saya fikir tiada alasan untuk artis lelaki kita mencuba.

Artikel Berkaitan: SLICK BACK HAIR HANGAT DI FENDI

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

Bacaan Lanjut
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

Bacaan Lanjut

FESYEN PALING KONTROVERSIAL HARRY STYLES DI KONSERT JELAJAH “LOVE ON TOUR”

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

Bacaan Lanjut
10 GAYA FESYEN IKONIK HARRY STYLES YANG MEMUKAU MATA

10 GAYA FESYEN IKONIK HARRY STYLES YANG MEMUKAU MATA

Bacaan Lanjut