Skip to content

THE NEW COOL, CHUBB-E

Kongsikan artikel ini

BINTANG MUDA YANG SEMAKIN MENINGKAT NAIK, CHUBB-E (@donutfingerlicking) BERPOTENSI TINGGI DALAM BIDANG SENI KERANA BAKATNYA. TERLIBAT DALAM SIRI PROJEK: ANCHOR SPM DAN BARU MELANCARKAN SINGLE TERBARU DALAM WAKTU PANDEMIK INI, “BIRU MALAM”, GLAM LELAKI SEMBANG FESYEN BERSAMA CHUBB-E. WE THINK HE IS THE NEW COOL! FULL STOP. 

 

PERKHABARAN BAHARU CHUBB-E?

Masih membuat muzik seperti biasa dan sejak ‘lockdown’, saya baru sahaja menemui hobi baru iaitu ‘customizing’ baju. 

 

YOUR STYLE HAS EVOLVED. YOU HAVE A GREAT STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI STAIL PERIBADI CHUBB-E?

Secara peribadi, dengan set pemikiran yang mahu tampil berbeza daripada orang lain benar-benar membantu saya. Saya terbiasa memakai pakaian yang berbeza dengan orang lain sehinggalah sekarang. Dan apa yang mengilhami gaya saya untuk berkembang dari semasa ke semasa adalah muzik.

Stail yang saya kenakan sebelum ini ialah ‘street hip hop’. Tetapi sekarang terarah grunge, punk, vintaj dan sedikit sentuhan ‘glam rock’, namun masih fokus pada suntikan urban dan eksentrik. 

 

 

APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN CHUBB-E?

G-Dragon, A$ap Rocky, Tyler the Creator, Pharell Williams dan Johnny Rotten. 

 

HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI PENYANYI DAN ARTIS BARU?

Ia penting kerana saya mahu merasa senang kala memakai barang yang saya suka. Saya suka berpakaian dan suka kelihatan menarik juga cool untuk diri sendiri. Memberi saya keyakinan untuk lebih menyayangi diri sendiri.

Ia juga penting bagi saya sebagai artis kerana saya ingin memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memakai apa sahaja yang mereka mahu pakai dan tampil yakin tanpa mempedulikan apa yang orang lain katakan. Sebagai artis, penting untuk memberi inspirasi kepada orang lain bukan hanya melalui penampilan tetapi bagaimana untuk memiliki keyakinan diri. 

 


 

APAKAH STAIL YANG INGIN CHUBB-E CADANGKAN KEPADA LELAKI HARI INI?

Secara peribadi, saya mahu mengesyorkan stail ‘japanese harajuku’. Kerana beberapa gayanya kelihatan selesa dan punya sentuhan urban, ringkas tetapi menarik. 

 

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?

Saya sangat menyukai gaya Joey Daud. Saya pernah bekerja dengannya sebelum ini. Kami banyak berbual tentang baju dan jenama yang kami kagumi secara peribadi. Lucu untuk mengatakan bahawa kami berdua mempunyai persamaan. 

Pengetahuannya mengenai pakaian dan jenama vintaj sangatlah mengagumkan. Dia selalu memberitahu saya yang pakaian saya bagus-bagus dan saya juga akan beritahunya perkara yang sama. Kami saling memuji stail antara satu sama lain. Terdapat beberapa artis lelaki di Malaysia yang mempunyai gaya yang menarik seperti Noh Salleh dan Sam Bunkface tetapi Joey Daud yang menarik perhatian saya. 

 

HOW DO YOU THINK THAT FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC.

Sejujurnya, saya rasa pandemik tidak menghalang sesiapa untuk tampil bergaya atau cuba untuk berpakaian cantik-cantik. Dan saya percaya bahawa fesyen akan berubah secara positif. Orang masih dapat mencari inspirasi atau idea melalui melayari media sosial. Pandemik tidak dapat menghentikan idea. 

 

 

BAGAIMANAKAH CHUBB-E MENJAGA DIRI DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?

Sejak lockdown, berat badan saya semakin bertambah. Fokus lebih kepada kesihatan saya dengan makan empat kali sehari juga melakukan senaman. 

ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?

Baru-baru ini saya baru membeli hoodie Human Made, Needles Tracksuits dan sepasang kasut Dr. Martens. Every purchase I made are my favourites. 

 

PROJEK AKAN DATANG?

Sedang giat menyiapkan beberapa lagu dan mungkin akan melancarkan satu single. Tetapi, kerana pandemik saya tak pasti bila saya akan melancarkannya. 

 

Artikel berkaitan: AYYMAN RAHIM, BICARA STAIL & DIRINYA

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut