BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
ELEMEN KEJUTAN, INTIPATINYA DI LUAR JANGKAAN. BLEU DE CHANEL EAU DE PARFUM AROMANYA MEMIKAT JIWA PENUH AROMATIK DALAM TIGA DIMENSI.

Sejak mula diperkenalkan sekitar tahun 2010 BLEU DE CHANEL Eau de Toilette menjadi lambang maskulin baru yang tidak terikat dengan elemen konvensyen. Saban tahun, haruman ini hadir dengan elemen dan aroma berbeza nan punya kelebihan tersendiri. Memecahkan tradisi, wangian terbaru bagi tahun 2022 cukup lengkap berfalsafah Avant-Garde kerana aksennya cukup unik mengatur rentak.
Untuk karya pertama ini, Jacques Polge memilih untuk bereksperimen dengan paradoks, mereka bentuk bau yang menggandingkan sitrus dengan aromatik yang kuat. Tenaga elektrifikasi dari denai segar dan bercahaya ini dipanaskan oleh nota cedar kering, disertai oleh cendana New Caledonia.

Metronome meningkat. Snare drum mengeluarkan irama yang semakin hipnosis. Ditandai dengan kecerahan rangkaian nota sitrus dan aromatik, BLEU DE CHANEL Eau de Parfum memancarkan kebebasan. Untuk komposisi keduanya, Jacques Polge mengeluarkan aspek vetiver yang paling bernuansa: kesegarannya. Tukang wangi itu menyelubunginya dengan nota penuh sensual daripada cedar dan amber.

Rekaan botol BLEU DE CHANEL cukup memancarkan keyakinan yang jitu, monolitik dan bersifat kesederhanaanya. Sekilas pandangan ianya minimalis, namun dengan sekali genggaman lelaki ia lambang prinsip estetika Chanel. Bentuknya elegan dibiasi cahaya biru misteri. Inspirasi tercetus menerusi epitome lelaki bebas yakni enggan diperkotak-katikkan ke dalam stereotaip, dia memulakan usaha untuk penemuan diri. Dalam semua variasinya, BLEU DE CHANEL merangkumi setiap ciri keperibadiannya, setiap nuansa maskulinnya yang tulen. Tidak dijangka dan kontras, BLEU DE CHANEL telah menangkap semangat zamannya dan mengatasinya melalui kualiti moden yang abadi dari tiga tafsirannya. Bersemangat dengan emosi dalam semua kepelbagaiannya, ia telah menjadi wangian seorang lelaki yang menawan dan mencerminkan personalitinya yang yakin, namun sensitif.
Artikel berkaitan BLEU DE CHANEL PERKENAL SET BERCUKUR

Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.











