Bagi lelaki masa kini, penampilan tidak lengkap tanpa rambut yang sihat. Namun, masalah kelemumur seringkali menjadi penghalang. Ramai yang tercari-cari cara hilangkan kelemumur kerana serpihan putih kecil ini bukan sahaja merosakkan gaya, malah boleh menjatuhkan keyakinan diri terutama ketika mengenakan baju gelap.
Hakikatnya, kelemumur boleh berlaku pada sesiapa sahaja sama ada anda seorang yang aktif bersukan, kerap menggunakan produk rambut, atau sekadar terdedah kepada cuaca panas di negara kita ini. Punca kelemumur berbeza-beza, dari kulit kepala berminyak, terlalu kering, hinggalah stres harian yang tidak terkawal.
Berita baiknya, kelemumur bukanlah masalah yang tiada jalan keluar. Dengan rutin yang konsisten dan pilihan penjagaan yang betul, lelaki boleh mendapatkan kulit kepala sihat dan bebas serpihan. Berikut adalah 7 cara mudah tetapi berkesan untuk mengatasi masalah ini.
Cara hilangkan kelemumur dengan efektif
Kredit foto: Getty Images
1. Gunakan syampu anti-kelemumur yang tepat adalah satu cara hilangkan kelemumur dengan cepat
Pilih syampu yang diformulasi dengan bahan aktif seperti zinc pyrithione, selenium sulfide atau ketoconazole. Ia berfungsi mengawal kulat Malassezia, punca utama kelemumur.
2. Jangan malas cuci rambut
Lelaki yang banyak berpeluh atau aktif di gim perlu rajin mencuci rambut. Rambut bersih membantu mengurangkan minyak berlebihan yang menggalakkan kelemumur.
3. Kurangkan produk styling
Kredit foto: Getty Images
Gel, wax dan pomade memang bergaya, tetapi jika digunakan berlebihan ia boleh menyebabkan kulit kepala sukar bernafas. Gunakan secara sederhana dan pastikan rambut dicuci bersih selepasnya.
4. Rawatan minyak semula jadi
Minyak kelapa dan minyak tea tree terkenal dengan sifat anti-kulat. Penggunaan ringan seminggu sekali dapat membantu menenangkan kulit kepala serta mengurangkan serpihan putih.
5. Amalkan pemakanan seimbang
Makanan kaya vitamin B, omega-3 dan zink menyokong kesihatan kulit kepala. Jangan lupa juga minum air kosong secukupnya setiap hari.
6. Kurangkan stres adalah salah satu cara hilangkan kelemumur dengan berkesan
Stres yang berpanjangan boleh memperburuk masalah kulit kepala. Cuba amalkan senaman ringan, tidur cukup, atau meditasi ringkas untuk kekal seimbang.
7. Tukar sarung bantal dan topi lebih kerap
Kotoran dan minyak dari kulit kepala mudah melekat pada fabrik. Tukar sarung bantal secara berkala dan pastikan topi dibersihkan untuk elak pencetus kelemumur semula.
Kredit foto: Getty Images
Masalah kelemumur tidak seharusnya dibiarkan sehingga menjejaskan imej diri. Dengan mengamalkan cara hilangkan kelemumur yang praktikal ini, anda boleh tampil lebih segak, yakin dan bergaya dalam apa jua keadaan. Rambut sihat adalah refleksi penjagaan diri yang baik, sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Lelaki. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.