Skip to content

CARA MEMILIH GAYA POTONGAN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI

CARA MEMILIH GAYA POTONGAN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI

Kongsikan artikel ini

Pemilihan gaya potongan rambut mengikut bentuk muka lelaki sangat penting lebih-lebih lagi apabila rambut merupakan mahkota lelaki. 

Memilih gaya potongan rambut yang tepat bukan sekadar mengikut trend, tetapi perlu disesuaikan dengan bentuk muka untuk menyerlahkan ciri terbaik anda sebagai lelaki. Setiap bentuk muka sama ada oval, segi empat, bulat atau oblong mempunyai potongan rambut yang mampu memberi keseimbangan dan menonjolkan ketampanan semula jadi. Dengan memahami karakter wajah dan inspirasi daripada selebriti tempatan, Korea, dan Barat, anda boleh membuat pilihan yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri.

Tentukan Bentuk Muka Anda

Langkah paling penting ialah untuk tentukan bentuk wajah. Terdapat beberapa cara untuk menentukan bentuk muka anda. Antaranya ialah dengan mengukur wajah anda atau menggunakan kamera telefon bimbit untuk melihat bentuk muka. Ukur empat bahagian utama iaitu lebar dahi, lebar tulang pipi, lebar rahang dan panjang wajah ialah cara termudah. Kemudian, bandingkan ukuran tersebut. Bentuk oval biasanya lebih panjang daripada lebar dengan dagu bulat. Bentuk bulat hampir sama panjang dan lebar dengan pipi penuh. Segi empat mempunyai ukuran hampir sama dengan rahang jelas. Oblong lebih panjang daripada lebar. Hati mempunyai dahi lebar dan dagu runcing, manakala berlian mempunyai tulang pipi lebar dengan dahi dan rahang sempit. Untuk kepastian, tarik rambut ke belakang dan lihat siluet wajah melalui cermin.

  • Lebar dahi – Ukur bahagian paling lebar pada dahi (biasanya di antara kening dan garisan rambut).

  • Lebar tulang pipi – Ukur dari hujung tulang pipi kiri ke kanan pada bahagian paling lebar.

  • Lebar rahang – Ukur dari hujung dagu ke bawah telinga (bahagian rahang yang membengkok ke atas), kemudian darabkan dengan 2.

  • Panjang wajah – Ukur dari tengah garisan rambut di dahi hingga ke hujung dagu.

Jenis-Jenis Bentuk Muka Lelaki

Terdapat beberapa bentuk muka lelaki yang boleh dilihat. Antaranya ialah oval, bulat, segi empat, oblong dan banyak lagi. Selepas mengukur wajah anda, anda boleh bandingkan dengan panduan yang kami sertakan:

  • Oval – Panjang wajah lebih besar daripada lebar tulang pipi, dahi sedikit lebih lebar daripada rahang, dan dagu berbentuk bulat.

  • Bulat – Panjang dan lebar wajah hampir sama, dengan sudut yang lembut serta pipi penuh.

  • Segi empat – Semua ukuran hampir sama, dengan rahang yang kuat dan bersudut jelas.

  • Oblong – Panjang wajah jauh lebih besar daripada lebarnya, garisan pipi lurus dan dagu sedikit memanjang.

  • Hati – Dahi adalah bahagian paling lebar, tulang pipi tinggi, rahang sempit dengan dagu runcing.

  • Berlian – Tulang pipi adalah bahagian paling lebar, dahi dan rahang sempit, dagu runcing.

Gaya Rambut Mengikut Bentuk Muka

Berdasarkan ukuran dan bentuk muka yang diperoleh, anda boleh merujuk panduan bentuk wajah lelaki dan gaya rambut berikut untuk menentukan potongan yang sesuai. Contohnya, ada lelaki dengan wajah berbentuk hati yang mahu menonjolkan bentuk dagu runcing mereka berbanding menutupnya. Paling penting, anda perlu memahami hubungan antara bentuk wajah dan gaya rambut lelaki sebelum membuat pilihan. Ia bukan sekadar perbandingan mudah antara wajah oblong dan oval, kerana terdapat banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

Ciri-ciri Bentuk Wajah Oval:

Nisbah seimbang, wajah lebih panjang sedikit daripada lebar dan tanpa bentuk yang keterlaluan. Bahagian paling lebar pada tulang pipi, menguncup perlahan ke arah rahang.

Gaya Sesuai:

  • Hampir semua gaya sesuai.

  • Pompadour – Menambah volume pada bahagian depan.

  • Potongan Bertekstur Kusut – Sesuai untuk bereksperimen dan kelihatan lebih santai.

Selebriti dengan bentuk wajah yang sama: Aeril Zafrel, Aedy Ashraf, Cha Eunwoo, Gong-yoo

Ciri-ciri Bentuk Wajah Bulat:
Pipi penuh dan rahang membulat. Panjang wajah lebih pendek berbanding lebar.

Gaya Sesuai:

  • Pompadour – Memberi ilusi wajah lebih panjang.

  • Textured Crop – Potongan pendek dengan tekstur di atas untuk menambah ilusi ketinggian; boleh digabungkan dengan skin fade di sisi.

Selebriti dengan bentuk wajah yang sama: Sharnaaz Ahmad, Nabil Ahmad, Kang Daniel, Suga BTS, Leonardo Di Caprio, Jonah Hill

Ciri-ciri Bentuk Wajah Segi Empat:
Dahi dan rahang lebar dengan sudut rahang yang tajam. Lebar dahi, tulang pipi dan rahang hampir sama.

Gaya Sesuai:

  • Gaya Asimetri – Poni serong atau belahan sisi mengimbangi bentuk kepala.

  • Short, Back and Sides – Klasik sepanjang zaman; sisi pendek dan bahagian atas panjang memberi ilusi ketinggian.

Selebriti dengan bentuk wajah yang sama: Zul Ariffin, Hisyam Hamid, Kim Woobin, Park Seojoon, Brad Pitt

gaya rambut bentuk muka lelaki

Ciri-ciri Bentuk Wajah Oblong:
Lebih panjang berbanding lebar, dengan rahang, tulang pipi dan dagu yang seimbang. Dahi biasanya tinggi, memberi ilusi wajah yang panjang.

Gaya Sesuai:

  • Belahan Tepi – Gaya klasik yang menambah volume pada garis rambut dan poni.

  • Fringe Bertekstur – Poni bertekstur yang jatuh ke dahi memberi dimensi pada potongan.

  • Crew Cut – Sesuai untuk yang mahu rambut bahagian atas pendek.

Selebriti dengan bentuk wajah yang sama: Remy Ishak, Fattah Amin, Lee Minho, Hyunbin, Ben Affleck.

gaya rambut bentuk muka lelaki

Ciri-ciri Bentuk Wajah Hati:
Dahi dan tulang pipi lebih lebar berbanding rahang. Dagu runcing adalah bahagian paling sempit.

Gaya Sesuai:

  • Fringe Bertekstur Menghala Ke Depan – Mengurangkan kelebaran dahi.

  • Rambut Keriting Sederhana Panjang – Menambah volume di sekitar rahang untuk memberi ilusi seimbang.

Selebriti dengan bentuk wajah yang sama: Alif Satar, Hun Haqeem, V BTS, Lee Know Stray Kids, Ryan Gosling.

gaya rambut bentuk muka lelaki

Ciri-ciri Bentuk Wajah Berlian:
Dahi sempit berbanding tulang pipi. Dagu runcing yang lebih sempit daripada dahi.

Gaya Sesuai:

  • Messy Top – Menambah volume di atas dan melembutkan rahang.

  • High Fade dengan Fringe – Menambah lebar di bahagian atas dan menyerlahkan tulang pipi.

Selebriti dengan bentuk wajah yang sama: Syafiq Kyle, Akim Ahmad, Taeyong NCT, Cillian Murphy, Johnny Depp

gaya rambut bentuk muka lelaki

Kini, anda boleh mencuba gaya rambut yang bersesuaian dengan bentuk muka lelaki ini supaya setiap sisi wajah anda kelihatan menyerlah dengan tersendiri.

Pautan berkaitan: RAMBUT LELAKI BERUSIA: 5 CARA ELAK GUGUR DAN KEKAL SIHAT

 

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI

5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI

Bacaan Lanjut

POTONGAN RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL SEGAK

Bacaan Lanjut
Wangi

10 TIP RAMBUT KEKAL WANGI DALAM 48 JAM

Bacaan Lanjut
GAYA BUZZ CUT HYUNJIN JADI BUALAN HANGAT DI X

GAYA BUZZ CUT HYUNJIN JADI BUALAN HANGAT DI X

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
Meerqeen

4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut