Skip to content

DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE

DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE

Kongsikan artikel ini

Jenama wangian FUGAZZI Frangrances kini boleh didapati di Kuala Lumpur dibawah naungan TROVE sebagai tanda kolaborasi di Asia Tenggara. 

Jenama haruman dari Amsterdam, FUGAZZI Fragrances kini hadir ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan pelancaran eksklusif bersama TROVE. Ini menandakan kemasukan mereka ke pasaran Asia Tenggara. Wangian iniditubuhkan pada tahun 2018 oleh pengasas dan perfumer Bram Niessink. Selepas perjalanan budayanya ke Mesir, beliau diperkenalkan kepada dunia olfaktori melalui mitos memikat tentang bagaimana Cleopatra menawan Caesar hanya dengan haruman luar biasa hasil campuran minyak wangi yang kuat.

fugazzi trove

Nama FUGAZZI  yang merupakan olahan nakal daripada perkataan fugazi bermaksud ilusi, ditambah dengan karakter Cyrillic. Ia menampilkan jiwa jenama ini yang penuh pemberontakan serta semangat avant-garde. Dengan visi untuk mendefinisikan semula maksud sebenar mewah, FUGAZZI mencipta haruman yang membangkitkan emosi daripada momen tertentu, yang terus kekal dan meninggalkan kesan walaupun saat itu sudah berlalu. Inilah, menurut mereka, definisi sebenar sebuah kemewahan. Setiap satu haruman FUGAZZI hadir dalam kepekatan Extrait De Parfum. FUGAZZI hadir dengan 12 wangian berbeza yang turut diinspirasikan oleh bahan-bahan di pasar. Antara pilihan haruman yang tersedia ialah SAINT REMY, WORKAHOLIC, ANGEL DUST, PASSIONFRUDH, THIRSTY dan banyak lagi.

fugazzi trove

Demi pelancaran FUGAZZI di Malaysia, TROVE turut mengadakan pop-up istimewa, FUGAZZI Market di store The Exchange TRX mereka. Pop-up eksklusif ini boleh dilawati sejak 22 Ogos 2025 hingga 1 September 2025. Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan di pop-up berkenaan, dengan hadiah istimewa seperti wangian baharu mereka, tumbler serta topi untuk didapati. Selain dari haruman, produk lain daripada FUGAZZI Fragrances yang turut ditawarkan di TROVE termasuklah Body Wash, Discovery Set, Reed Diffuser dan Dry Shampoo.

Pautan berkaitan: PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON’S

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON'S

PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON’S

Bacaan Lanjut

NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH

Bacaan Lanjut
5 WANGIAN WOODY UNTUK HARI BAPA PILIHAN GLAM LELAKI

5 WANGIAN WOODY UNTUK HARI BAPA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut