Skip to content

DEFINISI BEDAK ASAS BUAT LELAKI

Kongsikan artikel ini

CABAR KEBERANIAN, HIDUP TANPA SEKATAN! YSL BEAUTY ALL HOURS FOUNDATION BAWA PENGALAMAN BAHARU BUAT MK K-CLIQUE, URIAH SEE DAN DINI SCHATZMANN.

Hentikan stigma lelaki tidak boleh bersolek! Zaman kini tiada kekangan dalam menatarias wajah termasuklah kaum lelaki. Ramai sahaja sudah mula berani tampil dengan wajah bersiap kerana ia menaikkan semangat diri dan serlahkan keperibadian setiap individu. Dengan bantuan solekan juga, wajah lelaki kelihatan lebih rapi, bersih dan bebas cela. Tidaklah seberat seperti wanita, lelaki jauh lebih mudah, ringkas dan tidak keterlaluan.

YSL Beauty kembali dengan kehadiran bedak asas cecair ikonik yakni YSL Beauty ALL HOURS FOUNDATION kini diperbaharui bersama formula baharu, tahan selama 24 jam dan teksturnya lebih ringan berbanding biasa serta selesa dipakai. Golongan lelaki lebih gemar akan rias wajah mudah dan ringan. Oleh itu, YSL Beauty ALL HOURS FOUNDATION melengkapi kehendak mereka. Menerusi kempen ini, YSL Beauty X GLAM LELAKI tampilkan tiga personaliti yang cukup terkenal dalam bidang masing-masing. Rapper dan Produser, MK K-Clique, Penyanyi, Uriah See dan aktor, Dini Schatzmann berkongsi pengalaman pertama mereka kala memakai solekan di wajah.

Rapper, produser muzik dan aktor, MK K-Clique menganggap pengalaman  memakai mekap adalah satu momen baharu buatnya. Kali pertama disolek oleh jurusolek, perasaanya agak kekok, namun kelamaan sudah menjadi kebiasaan sehingga dirinya lebih berkeyakinan tinggi.

“Bergelar sebagai rapper dan produser, saya perlu memastikan kulit wajah dalam keadaan yang sempurna. YSL Beauty ALL HOURS FOUNDATION sangat sesuai buat kulit wajah saya. Bukan sahaja, aplikasinya mudah dipakai malah bertahan selama 24jam dan teksturnya ringan.”

Berlainan pula buat aktor terkenal, Dini Schatzmann. Yang sudah terbiasa dengan budaya, lelaki memakai solekan. Ini kerana dia sejak mula pembabitan dalam dunia lakonan, dia perlu bersolek sebelum beraksi di hadapan kamera. Dia juga tidak pernah ketinggalan dengan rutin penjagaan wajah,kerana rutin ini akan memastikan kulit wajahnya sentiasa bersih dan sihat. Katanya, kulit yang sihat akan buat solekan atau aplikasi bedak asas lebih rapi.

“Bekerja selama 12 hingga 18 jam setiap hari adalah perkara biasa buat seorang aktor. Bagaimana saya memastikan kulit sentiasa segar dan flawless adalah menerusi YSL Beauty ALL HOURS FOUNDATION. Saya gemarkan teksturnya yang ringan seperti second skin dan wajah tampak natural di samping memberi liputan penuh dan selesa sepanjang hari.”

Hentikan pemikiran stereotaip mengenai foundation itu hanya untuk wanita! Jelas penyanyi, Uriah See dia menganggap memakai solekan itu adalah pilihan dan kehendak setiap individu. Sesetengah lelaki memakai solekan hanya kerana kewajipan bekerja dan juga membangkitkan semangat diri. Seperti saya, sebelum membuat persembahan, memakai solekan terutama foundation adalah satu keperluan dalam hidup saya. Kerana ia buat saya kelihatan sempurna dan siap!

Artikel berkaitan PERSONALITI DAN DEFINISI KEBEBASAN #IAMLIBRE

“Kali pertama saya memakai solekan ketika saya menyertai pertandingan Astro Star Quest. Kini, sudah menjadi kemestian dalam harian saya. Dengan adanya, YSL Beauty ALL HOURS FOUNDATION ia melengkapi diri saya. Bukan sahaja hadir dengan litupan terbaik, malah sepanjang hari kulit terasa weightless dan masih kelihatan segar seperti sebelum keluar.”

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

“ANUGERAH TERBESAR DARIPADA ALLAH” – MK K-CLIQUE KINI BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

MK K-CLIQUE TERUJA MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG

Bacaan Lanjut
Dini Schatzmann Janna Nick

4 GAYA FESYEN DINI SCHATZMANN & JANNA NICK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Dini Schatzmann

“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut