Skip to content

GAYA BUZZ CUT HYUNJIN JADI BUALAN HANGAT DI X

GAYA BUZZ CUT HYUNJIN JADI BUALAN HANGAT DI X

Kongsikan artikel ini

Hyunjin dari Stray Kids sekali lagi menjadi trendsetter apabila gaya rambut buzz cut nya menjadi bualan ramai di aplikasi X. 

Putera Versace ini membuat kejutan buat peminatnya di acara karpet merah SBS Gayo Daejeon pada 25 Disember 2024 yang lalu dengan gaya rambut barunya.  Hwang Hyunjin, atau lebih gemar dirinya dipanggil Hyunjin merupakan seorang yang berani mencuba perkara baru. Lebih-lebih lagi, dengan gaya rambut dan fesyennya. Hyunjin sebelum ini sudah beberapa kali tular dengan pelbagai gaya rambutnya. Antara gaya rambutnya yang terkenal dan menjadi ikutan ramai merupakan gaya rambut panjangnya. Kini, Hyunjin tampil dengan gaya buzz cut berwarna perang. Gaya rambutnya ini mengejutkan ramai orang sehingga namanya berada di tempat ketujuh Trending Worldwide di aplikasi X.

Sebagai seorang yang berseni dan mencintai fesyen, kejutan dari Hyunjin ini tidaklah begitu mengejutkan. Sebelum ini, dia pernah memberi kejutan yang lebih kurang pada tahun 2022 untuk kemunculan semula Stray Kids, Maxident. Hyunjin muncul dengan gaya rambut pendek berwarna perang buat pertama kalinya. Akan tetapi, kali ini memberi impak yang lebih dahsyat apabila Hyunjin baru-baru ini tular dengan gaya rambut panjangnya yang lurus dan gelaran Rapunzel yang diberikan olehnya.

Hyunjin juga berkongsi gambar gaya rambut buzz cut nya di Instagram, beberapa minit selepas membuat kemunculan di karpet merah SBS Gayo Daejeon. “Ianya mengujakan.” dan “Saya terlalu teruja, saya muatnaik di Instagram.” kata Hyunjin di aplikasi JYP Bubble.  Hyunjin memuat naik gambarnya bersama lagu Sweet Life dari Frank Ocean, salah seorang pemuzik kesukaannya di dalam bilik tidurnya. Atas impak gaya buzz cut nya. Hyunjin menerima lebih dari 80k pengikut baru di Instagram, dalam masa satu hari. Selain dari gaya rambut buzz cut, bilik tidurnya juga menjadi bualan ramai apabila dia memuat naik gambarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hyunjin (@hynjinnnn)

Kejutan Dari Ahli Stray Kids Yang Lain

Selain dari Hyunjin, Felix dan Han juga menukar gaya rambut baru. Felix kembali dengan rambut hitamnya serta Han kembali dengan rambut birunya selepas 6 tahun.  Kedua-dua ahli ini membuatkan peminat mereka sangat gembira kerana warna rambut ini amatlah dirindui.

HAN

Gambar Dari: OSEN Korea

felix

Gambar Dari: Newsen Korea

Penari utama kumpulan Stray Kids ini, Hyunjin juga baru mengeluarkan lagu solonya berjudul So Good di dalam album istimewa Stray Kids, HOP. Kesemua ahli Stray Kids mengeluarkan lagu solo masing-masing dalam album istimewa ini.

Pautan Berkaitan: 5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 KONSERT K-POP DENGAN JUALAN TIKET TERBESAR

10 KONSERT K-POP DENGAN JUALAN TIKET TERBESAR

Bacaan Lanjut
SELEBRITI LELAKI KOREA DENGAN FEED INSTAGRAM ESTETIK PATUT ANDA IKUTI

SELEBRITI LELAKI KOREA DENGAN FEED INSTAGRAM ESTETIK PATUT ANDA IKUTI

Bacaan Lanjut
KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA

KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA

Bacaan Lanjut
STRAY KIDS MENDOMINASI PENTAS AMA KE-50

STRAY KIDS MENDOMINASI AMERICAN MUSIC AWARDS KE-50

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024

SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut