BLEU DE CHANEL PERKENAL SET BERCUKUR
Chanel terus memanjakan penggemar lelakinya apabila melancarkan pula himpunan bercukur istimewa menerusi rangkaian minyak wangi ikoniknya, Bleu De Chanel.
Sedekad berada di pasaran, Blue De Chanel pantas menjadi antara haruman kegemaran lelaki seluruh dunia. Haruman dalam kelalang kaca empat segi dalam ton biru malam itu menyuntik kesegaran, berbau mahal dan cukup maskulin.
Menyedari ia menjadi kesukaan ramai jejaka dan perempuan yang mencium bau ini mudah sekali memuja lelaki yang mereka sukai, Chanel meneroka idea untuk mengembangkan lagi haruman ini.
Lantas Chanel memperkenalkan Bleu De Chanel All-Over Spray, didatangkan dalam smeburan tubuh yang bersifat lebih mesra dan fleksibel. Semburan ini membuatkan pemakaian haruman lebih mesra dan boleh disemurkan pada tubuh dengan lebih menyeluruh juga pada pakaian. Semburan badan ini juga boleh dijadikan sebagai ‘touch-up’ pada pertengahan hari atau selepas bersukan.
SET CUKURAN EDISI TERHAD
Berpandukan kajian, seramai 70 peratus lelaki dewasa di seluruh dunia melakukan rejim bercukur setiap hari. Memahami keperluan itu, Chanel memperkenalkan set bercukur eksklusif yang dibarisi dengan krim cukuran, berus dan juga beg mini untuk mengisi keperluan grooming. ‘Shaving Cream’ yang membarisi keluarga baharu Bleu De Chanel ini dicipta untuk memberikan lelaki di luar sana pengalaman bercukur yang lebih lancar dan bersih. Ia mencipta buih pada kulit yang sudah dilembapkan dengan air lantas menjadikan aktiviti bercukur menjadi cukup lancar. Teksturnya buihnya juga jernih jadi anda boleh nampak jelas bahagian yang perlu dicukur, bukan seperti buih krim cukuran yang biasa. Beg mini kembara ini sedondon dengan warna Bleu De Chanel, biru navy, yang seperti kata Coco Chanel, warna yang paling chic untuk lelaki.
BLEU DE CHANEL PARFUM
Haruman ini adalah ekspresi kepada kebebasan seorang lelaki yang diterjemahkan kepada bau kayu-kayan yang malar segar. Sandalwood bercantum dengam ambery cedar dan juga tonka bean, lantas mencipta sebuah bau-bauan yang hangat lagi sensual.
Artikel Berkaitan: Chanel N°5, Lapan Ikon Yang Pernah Membintangi Iklannya
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG
Bukan hipster, bukan selekeh. Namun berjambang memberikan kebaikan tersendiri buat lelaki.
Malu Dengan Bau Badan Sendiri? Ini 5 Tip Hilangkan Bau Badan Dengan Pantas
Pakaian bergaya, muka kacak tetapi isu bau badan boleh menjadi biggest turn off. GLAM Lelaki ada cara hilangkan bau badan dengan mudah!
DO’S & DON’TS BERCUKUR BETUL UNTUK ELAK KEGATALAN & KERENGSAAN
Bercukur boleh buat diri nampak lebih kemas. Namun tahukah anda do's dan don'ts bercukur yang betul? Semak di sini.
ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI
Kiri atau kanan? Jari yang mana? Ini tip yang anda perlu tahu sekiranya anda 'menyarungkan' cincin sebagai aksesori jari.
8 TIPS MUDAH UNTUK PENJAGAAN KUKU LELAKI
Konsep grooming lelaki kini tidak lagi hanya terbatas kepada rambut mahupun jambang. Lelaki juga semakin peka dengan penjagaan kuku yang baik.
5 GAYA MISAI TERBAIK UNTUK PENAMPILAN SEPERTI SELEBRITI TERKENAL
Tidak kira era apa sekalipun. gaya misai lelaki hadir dalam pelbagai stail dan potongan. Tiru gaya ini untuk tampak seperti selebriti.