Skip to content

FIRST LOOK: JAMIE DORNAN SEBAGAI ‘THE TOURIST’

Kongsikan artikel ini

HBO Max mempersembahkan first look siri drama baharu, ‘The Tourist’ yang akan dibintangi oleh pelakon dan model tampan, Jamie Dornan.

Bakat lakonannya semakin mencuri perhatian. Terbaharu, pelakon dan model tampan, Jamie Dornan akan kembali menghangatkan kaca televisyen dengan siri drama baharu berjudul ‘The Tourist’. Siri enam-bahagian daripada HBO Max ini akan menyaksikan pelakon daripada Northern Ireland itu berlakon sebagai ‘The Man’ yang terdesak untuk mencari identiti dirinya.

Jamie Dornan akan memegang watak lelaki British yang mendapati dirinya berada di tengah-tengah kawasan pedalaman Australia, yang dikejar oleh lori tangki yang cuba untuk melanggarnya keluar dari jalan raya. Selepas adegan kejar-mengejar epik itu, dirinya tersedar di hospital dengan kecederaan, dan masih hidup. Kecuali, dia tidak tahu siapa dirinya. Dengan bantuan daripada kisah lampau, ‘The Man’ memulakan pencarian jawapan kepada apa yang terjadi kepadanya. Mampukah dia menyelesaikan misteri disebalik identitinya sebelum?

Walaupun sudah mula berlakon sejak 2006 melalui filem Sofia Coppola ‘Marie Antoinette’, nama pemilik gelaran ‘The Golden Torso’ oleh The New York Times ini mula menjadi bualan selepas terpilih untuk memegang watak Christian Grey dalam siri filem adaptasi ‘Fifty Shades of Grey’. Dia telah memenangi dua anugerah Irish Film and Television Awards dan pernah mendapat nominasi British Academy Television Award.

‘The Tourist’ akan juga dibintangi oleh Danielle Macdonald, Shalom Brune-Franklin, Ólafur Darri Ólafsson, Alex Dimitriades dan Damon Herriman yang akan menggantikan Hugo Weaving sebagai Lachlan Rogers selepas mengalami isu jadual. Drama ini ditulis oleh Harry dan Jack Williams, dan diterbitkan oleh Two Brothers Pictures yang terkenal melalui ‘Baptiste’, ‘The Missing’ dan ‘Fleabag’.

Sehingga hari ini, HBO Max masih belum mengesahkan tarikh tayangan siri ini. ‘The Tourist’ boleh disaksikan melalui laman penstriman atau muat turut di HBO GO, atau menerusi Astro dan www.hbogoasia.my nanti.

Foto: HBO Asia

Baca lebih lanjut: FIRST LOOK: LUPIN PART 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut
rancangan ogos 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023

Bacaan Lanjut
5 FAKTA MENGENAI JORDAN BECKFORD, SATU-SATUNYA ZURIAT SUPERMODEL TYSON BECKFORD

5 FAKTA MENGENAI JORDAN BECKFORD, SATU-SATUNYA ZURIAT SUPERMODEL TYSON BECKFORD

Bacaan Lanjut
must watch July 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023

Bacaan Lanjut
must watch may 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut