GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI
Teks & temu bual, BATRISYIA FAISAL
“STAIL TERBAIK”-GL THE MAN AWARDS 2025, PIPI RAZI. GAYA PENAMPILANNYA SENTIASA KEMAS, BERANI DAN PENUH KEYAKINAN. DIA BUKAN SAHAJA TERKENAL DENGAN CITA RASA FESYEN YANG TAJAM DAN UNIK, TETAPI JUGA MENJADI INSPIRASI KEPADA RAMAI LELAKI MASA KINI UNTUK TAMPIL YAKIN, BERGAYA DAN MENJAGA PENAMPILAN DIRI.

Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun yang lalu?
Saya rasa, sekarang saya seorang yang lebih matang dalam semua aspek. Lebih-lebih lagi dari aspek, bagaimana saya menggayakan diri saya. Sebelum ini, saya bersiap adalah berdasarkan pandangan orang lain di media sosial. Sekarang, saya memakai apa sahaja yang saya inginkan, tanpa mengisahkan trend.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Antara risiko terbesar yang pernah saya ambil ialah apabila saya menceburi dunia peragaan dan penciptaan kandungan digital. Walaupun ketika itu saya bekerja sepenuh masa di pejabat dengan gaji tetap dan stabil.
Saya membuat keputusan untuk berhenti dan fokus di dalam industri baharu yang sememangnya minat saya sejak mula lagi. Dan hasilnya, saya bangga yang saya masih relevan hingga ke hari ini. Saya dapat lakukan apa yang saya suka, iaitu peragaan dan mencipta kandungan fesyen walaupun pendapatannya tidak stabil. Tetapi, I love what I do, itu lebih penting.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?
Sudah tentu bersenam seperti pergi ke gym dan berlari!

Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?
Stail yang baik bermaksud good taste. Maksudnya, seseorang itu tahu bagaimana untuk menyusun gaya menggunakan fabrik serta tekstur yang berlainan. Keseimbangan, pandai bermain dengan warna serta aksesori. Tidak kira apa estetika atau gaya yang seseorang itu ingin tonjolkan, asalkan ia membuatkan pakaian anda tampak menyerlah. Jika anda mempunyai citarasa yang bagus, anda akan kelihatan bergaya secara effortless.
Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘BOSS’ dalam industri yang anda ceburi?
Sebagai seorang pencipta kandungan serta model yang sudah berada di dalam industri hampir 11 tahun, imej, stail, dedikasi dan disiplin semestinya akan bawa anda pergi lebih jauh. Anda perlu sentiasa berkembang, tetapi mengekalkan DNA anda agar sentiasa diingati.
Artikel berkaitan: UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.











