UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?
Untuk GL The Man Awards 2025, penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki melalui undian, kenali 10 nominee ini!
Tahun ini, GLAM Lelaki akan bawakan acara anugerah berprestij buat pertama kalinya, GL The Man Awards 2025. Terdapat 10 kategori dan 9 daripadanya dipilih oleh GLAM Lelaki sendiri bersama Co-Chair, Hael Husaini. Senarai individu berpengaruh dalam dunia fesyen serta hiburan Malaysia diketengahkan sebagai pemenerima anugerah ini. Istimewa buat pembaca GLAM Lelaki, satu kategori istimewa iaitu Style’s Choice telah direka khas buat individu berwajah baharu yang penuh stail. Penerima anugerah ini akan dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki sendiri, menerusi undian. Jadi, mari kenali 10 nama yang dipilh sebagai calon penerima GL The Man Awards 2025 Style’s Choice.
Undi disini: GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE
#1 Jack Gohr
Pempengaruh fesyen Jack Gohr sedang meningkat dalam dunia siber. Kehadiran Jack Gohr di acara-acara fesyen tempatan dan antarabangsa menjadikannya salah seorang individu berpengaruh dalam dunia fesyen di Malaysia. Dengan personalitinya yang mesra Jack Gohr juga disukai ramai. Pada Milan Fashion Week Men’s SS26 yang lalu, Jack Gohr menghadiri beberapa acara seperti Prada dan Tods.
#2 Salman Farish
Peminat fesyen tempatan semestinya mengenali nama ini. Salman Farish telah menjadi inspirasi fesyen buat ramai lelaki di Malaysia, menjadikannya salah seorang pempengaruh fesyen yang terkenal. Selain daripada fesyen, kandungan Salman Farish juga merangkum tentang kehidupan. Sukan yang sedang hangat, larian turut menjadi minat anak muda ini.
#3 ALPHA
Kumpulan M-Pop Malaysia yang baru melakukan kemunculan sulung mereka pada tahun ini telah meningkat dengan penuh hangat. Dengan 7 orang ahli berbakat, ALPHA semestinya mampu menangkap hati ramai peminat dengan lagu-lagu serta personaliti mereka. Dua dari tujuh ahli ALPHA, Araff dan Ariel juga pernah dipilih sebagai cool kids GLAM Lelaki pada bulan September 2025 yang lalu. Alphanite semestinya ingin mereka untuk memenangi GL The Man Awards 2025 Style’s Choice!
#4 Zhen Ning
Bermula sebagai seorang pempengaruh di Instagram, Zhen Ning juga sudah mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Lakonannya dalam drama Anak-Anak Mafia mencuri perhatian ramai, menjadikan Zhen Ning memperoleh ramai peminat Melayu. Zhen Ning turut terkenal dalam kalangan pempengaruh fesyen dan grooming atas kolaborasinya bersama jenama seperti Louis Vuitton, Armani Beauty, Dior Beauty serta Prada.
Baca: PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
#5 Arif Kamarudin
Sebagai vokalis kugiran tempatan Midnight Fusic, Arif Kamarudin sentiasa menjadi wajah utama kugiran itu. Stailnya yang santai, tetapi masih bergaya menjadikannya salah seorang individu berpengaruh dalam fesyen. Aura vokalisnya juga membuatkan Arif lebih menarik di mata peminat muzik, serta fesyen. GL The Man Awards 2025 Style’s Choice semestinya amat sesuai buatnya.
#6 Broyawn
Turut pernah menghiasi lampiran segak rapi isu Mac GLAM Lelaki, Broyawn juga terkenal dengan stail streetwear yang bersahaja. Pempengaruh fesyen ini cukup terkenal dalam kalangan lelaki yang meminati fesyen dan sentiasa menjadi inspirasi mereka. Broyawn turut terkenal dalam kalangan jenama-jenama fesyen seperti Oakley serta Clarks. Cukup niche, Broyawn mempunyai peminat dan komunit tersendiri dalam local fashion scene.
#7 Darien Aeldra
Model, rapper dan kini pelakon. Apa sahaja yang tidak boleh dilakukan oleh Haider dari drama Thariq Ridzuwan: His Treasure ini? Darien Aeldra, nama yang tidak asing di mulut peminat drama serta muzik. Dengan wajahnya yang kacak dan unik, Darien juga menyerlahkan bakat dalam bidang lakonan dengan drama-drama terkenal seperti Dari Mata Turun Ke Hati, Yang Tahu Je Tahu dan yang terkini, Thariq Ridzuwan: His Treasure.
#8 Gajen Chandra
Personaliti Gajen Chandra yang berbeza di TikTok serta IRL menjadikannya lebih menarik dan unik. Bukan sekadar mencipta kandungan lucu di media sosial, Gajen juga sebenarnya seorang pemilik perniagaan kecantikkan, Chandra Skin. Gajen juga seringkali dilihat menghadiri acara-acara fesyen tempatan, tidak mengejutkan lebih-lebih lagi dengan gayanya yang versatil itu.
#9 Maxximus Towle
Hos live yang kacak dan tular di TikTok? Maxximus Towle. Maxximus Towle berjaya meletakkan dirinya di dalam industri mengguna platform sendiri dalam masa yang singkat, oleh kerana wajah kacak serta humornya yang lain daripada yang lain. Bermula dari TikTok, Maxximus kini menjadi rebutan jenama-jenama fesyen serta produksi televisyen yang ingin berkolaborasi dengannya. Khabarnya, Maxximus juga sedang bersedia untuk debut dramanya.
#10 Killa Driz
Turut menjadi salah seorang cool kids pilihan GLAM Lelaki, Killa Driz merupakan seorang penyanyi di bawah naungan Def Jam Recordings. Cukup dikenali dengan bakatnya yang serba boleh dalam penulisan lagu, Killa Driz telah berada di dalam industri selama tiga tahun. Gayanya yang santai tetapi mencerminkan peribadinya sebagai seorang artis menjadikannya salah seorang pilihan kami untuk GL The Man Awards Style’s Choice.
Pautan berkaitan: KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.











