GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki buat pertama kalinya mempersembahkan GL The Man Awards 2025 dengan 10 kategori eksklusif bersama Co-Chair, Hael Husaini.
[Undian Telah Ditutup]
GLAM Lelaki bawakan acara berprestij GL The Man Awards 2025 buat pertama kali untuk tahun ini. Anugerah ini mengiktiraf lelaki yang bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi turut menampilkan gaya, karisma dan pengaruh yang memberi inspirasi. Lebih istimewa, edisi sulung ini menampilkan penyanyi dan ikon gaya, Hael Husaini, sebagai Co-Chair untuk pemilihan pemenang.
Tahun 2025 menyaksikan kelahiran sebuah tradisi baru apabila GL The Man Awards dianjurkan buat kali pertama. Sebanyak 10 anugerah eksklusif bakal diberikan kepada lelaki yang menyerlah dalam pelbagai kategori. GL The Man Awards 2025 meraikan lelaki dengan gaya dan personaliti luar biasa. Tahun ini, pembaca GLAM Lelaki turut berpeluang untuk memilih pemenang GL The Man Awards 2025 untuk kategori Style’s Choice.
Daripada jumlah itu, 9 anugerah akan dipilih secara teliti oleh GLAM Lelaki bersama Co-Chair, Hael Husaini. Manakala, 1 anugerah istimewa — GL The Man Awards 2025 Style’s Choice akan ditentukan menerusi undian pembaca GLAM Lelaki. Inilah peluang untuk anda menentukan siapakah ikon lelaki yang paling berhak dinobatkan dengan pengiktirafan penuh gaya tahun ini.
Undi sekarang hingga 24 Oktober 2025 untuk calon pilihan anda dan jadilah sebahagian daripada sejarah penganugerahan GL The Man Awards 2025.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.











