Skip to content

PILIHAN PERIBADI PENULIS GLAM LELAKI: TREND LELAKI DARI NYFW & LFW

Kongsikan artikel ini

DARI COAT SHEARLING DRAMATIK DI NEW YORK HINGGA TAILORING PASTEL YANG RAPI DI LONDON, INI ADALAH PILIHAN DAN PERBANDINGAN GAYA PERIBADI PENULIS GLAM LELAKI UNTUK MUSIM AKAN DATANG.

KEBERANIAN FESYEN KOTA NEW YORK

New York Fashion Week (NYFW) musim ini benar-benar menegaskan aspek keberanian. Dari sudut pandangan saya, pentas NYFW dipenuhi dengan potongan dan siluet dramatik. Dari jaket kulit, fringes, malah sehinggakan ‘patch pocket’ yang kembali menjadi trend. Warna-warna tanah seperti coklat dan arang menjadi asas, tetapi disuntik dengan percikan pastel dan corak grafik yang memukau. Ia mengingatkan saya bahawa fesyen lelaki di New York tidak pernah sekadar “selamat”, malah ia sentiasa mahu menggoncang norma dengan gaya penuh elegan dan berani.

ELEGAN DAN ‘QUIRKY’ LONDON

Sementara itu, London Fashion Week (LFW) menawarkan kontras yang jelas. Saya lihat ia sebagai pentas ‘refined rebellion’: teknikal yang kemas tetapi dipadukan dengan sisi quirky. Seperti skirt plaid, loafers dengan stoking panjang, serta palet pastel lembut seperti hijau matcha. Apa yang menarik perhatian saya adalah kesungguhan pereka di London menekankan ‘sustainability’, dengan penggunaan fabrik ‘deadstock dan upcycled.‘ Ia bukan sekadar fesyen, tetapi juga satu kenyataan tentang masa depan industri yang lebih bertanggungjawab.

PILIHAN PERIBADI GLAM LELAKI

Burberry LFW 25

GAYA LELAKI MODEN HARI NI

Perbandingan dua kota ini membuatkan saya terfikir, mengapa perlu memilih satu? Gaya lelaki moden hari ini boleh menggabungkan keberanian New York dengan sofistikasi London. Bayangkan coat shearling dramatik digayakan bersama blazer rona yang tajam, atau aksesori cetakan haiwan dipadankan dengan loafers bergaya klasik. Kontras inilah yang menjadikan gaya lebih segar dan personal, bukannya sekadar meniru apa yang ada di pentas.

PILIHAN PERIBADI GLAM LELAKI

PRADA FW26

Untuk musim ini, lima pilihan peribadi saya ialah: coat shearling oversized untuk impak segera, beg bercorak haiwan sebagai aksen berani, skirt atau seluar plaid dengan loafers, blazer pastel untuk sentuhan refined. Inilah cara saya membaca fesyen lelaki dari NYFW dan LFW. Bukan sekadar trend, tetapi inspirasi untuk membentuk identiti yang unik.

Artikel Berkaitan: HACKETT LONDON TAMPILKAN PASANGAN BAPA-ANAK CARLOS SAINZ

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

OUTFIT YANG MENCURI PERHATIAN DI VMAS 2026

10 OUTFIT YANG MENCURI PERHATIAN DI VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE

GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE

Bacaan Lanjut
AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK

AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
TUN DR HASMAH MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 100 TAHUN

TUN DR HASMAH MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 100 TAHUN

Bacaan Lanjut
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25

7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25

Bacaan Lanjut