PUSING DAN SEMBUR, BLEU DE CHANEL BERWAJAH BARU
Haruman ikonik Bleu de Chanel kini tampil dengan wajah baharu. Bersesuaian dengan gaya hidup lelaki hari ini yang sentiasa sibuk, pagi ke pejabat, petang ke gimnasium dan kemudian janji temu makan malam, Chanel mahu lelaki terus didampingi haruman ini jadi mereka botolkan minyak wangi tersohor ini dalam kelalang lebih kecil dan mudah dibawa ke sana sini.
Bleu de Chanel yang baharu ini adalah tambahan pilihan (bungkusan lama masih ada) untuk anda, ia tampil dengan isian semula dan sesuai dibawa kembara. Rekaannya juga praktikal, anda hanya perlu pusing dan kemudian sembur. Bleu de Chanel menjadi kegemaran ramai lelaki dek bau kayu yang cukup maskulin termasuklah aroma kayu cendanda Caledonian yang membangkit perasaan.

Gaspard Ulliel dalam salah satu babak video kempen Bleu de Chanel
Aktor Perancis yang juga seorang model, Gaspard Ulliel kekal menjadi wajah kempen haruman bernuansa biru ini. Ulliel sudah berdampingan dengan Chanel sejak haruman ini mula diperkenalkan pada tahun 2010. Bleu de Chanel dicipta oleh Jacques Polge, pakar Haruman Chanel yang juga mencipta Haruman ikonik Chanel yang lain seperti Chance. Dia juga yang mencipta haruman Allure Homme.
Klik: Alat Solek Untuk Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











