PUSING DAN SEMBUR, BLEU DE CHANEL BERWAJAH BARU
Haruman ikonik Bleu de Chanel kini tampil dengan wajah baharu. Bersesuaian dengan gaya hidup lelaki hari ini yang sentiasa sibuk, pagi ke pejabat, petang ke gimnasium dan kemudian janji temu makan malam, Chanel mahu lelaki terus didampingi haruman ini jadi mereka botolkan minyak wangi tersohor ini dalam kelalang lebih kecil dan mudah dibawa ke sana sini.
Bleu de Chanel yang baharu ini adalah tambahan pilihan (bungkusan lama masih ada) untuk anda, ia tampil dengan isian semula dan sesuai dibawa kembara. Rekaannya juga praktikal, anda hanya perlu pusing dan kemudian sembur. Bleu de Chanel menjadi kegemaran ramai lelaki dek bau kayu yang cukup maskulin termasuklah aroma kayu cendanda Caledonian yang membangkit perasaan.

Gaspard Ulliel dalam salah satu babak video kempen Bleu de Chanel
Aktor Perancis yang juga seorang model, Gaspard Ulliel kekal menjadi wajah kempen haruman bernuansa biru ini. Ulliel sudah berdampingan dengan Chanel sejak haruman ini mula diperkenalkan pada tahun 2010. Bleu de Chanel dicipta oleh Jacques Polge, pakar Haruman Chanel yang juga mencipta Haruman ikonik Chanel yang lain seperti Chance. Dia juga yang mencipta haruman Allure Homme.
Klik: Alat Solek Untuk Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EVAN MOCK, DEFINISI LELAKI ALFA
Evan Mock memulakan kariernya sebagai model, yang terkini pula berlakon dalam siri Gossip Girl. Keunikkan gayanya mengilhami lelaki dalam banyak aspek.
4 PERKARA MESTI BUAT UNTUK AGE GRACEFULLY
Mencegah lebih baik dari merawat. Jika boleh diputarkan waktu banyak benda yang ingin saya lakukan lebih awal dalam hal menjaga kulit dan penampilan. Jika saya tahu lebih awal tentang pigmentasi, mungkin seawal bangku sekolah lagi saya sudah rajinkan diri memakai krim tabir suria atau krim SPF. Jika anda masih berusia awal 20-an, ini antara empat…
LOUIS VUITON HADIRKAN METEORE, HARUMAN WISH LIST BAHARU LELAKI
Semuanya bermula pada tahun 2018 apabila Louis Vuitton mula melancarkan haruman buat lelaki. Bermula dengan empat minyak wangi iaitu L’Immensité, Nouveau Monde, Orage, Sur la Route and Au Hasard, Louis Vuitton komited untuk menghasilkan serta mencipta kepelbagaian haruman buat lelaki. Maestro haruman Louis Vuitton, Jacques Cavallier Belletrud yang berpangkalan di Grasse kini menghadiahkan satu lagi…
4 LANGKAH MUDAH MEKAP UNTUK LELAKI
Mekap untuk lelaki tidak rumit sebenarnya, senang sahaja. Oleh kerana sudah banyak produk yang dicipta khusus untuk lelaki dengan formula sepadan dengan kondisi kulit mereka, maka ramailah lelaki hari ini yang selesa dilihat mengenakan mekap. Saya fikir perubahan ini juga mungkin ada sangkut-paut dengan kebangkitan populariti bintang k-pop yang secara terang-terangan nampak bersolek. GLAM LELAKI…
HADIAH MEWAH BUAT SAHABAT RAPAT
Lelaki alfa zaman ini lebih arif tentang kualiti dan kemewahan produk. Lelaki lebih teliti dalam memilih hadiah buat sahabat rapat.
SANATIZER, PENCUCI DAN KRIM TANGAN KEPERLUAN ASAS MASA KINI
Hari ini penggunaan sanatizer sudah sama penting dengan ubat gigi. Malah penggunaan sanatizer lebih kerap dalam sehari jika hendak dibandingkan dengan rutin kita menggosok gigi. Apatah lagi dengan kes Covid-19 yang masih meningkat dan belum menunjukkan tanda-tanda akan surut peratusannya. Banyak cara yang disarankan dalam usaha menurunkan angka jangkitan virus ini termasuklah penggunaan sanatizer. Hari…