GUESS UOMO, WANGIAN BUAT LELAKI MASKULIN YANG KLASIK
Guess memperkenalkan GUESS UOMO, wangian eksklusif buat lelaki klasik yang mahu menyerlahkan sisi maskulin sebenar dalam kesegaran dunia moden hari ini.
Sebagai pelengkap kepada francais GUESS Bella Vita, Guess memperkenalkan wangian ikonik nan unik terbaharu dalam menghangatkan seleksi wangian lelaki, GUESS UOMO. Wangian eksklusif buat lelaki klasik ini mahu menyerlahkan sisi maskulin sebenar dalam kesegaran dunia moden hari ini.
GUESS UOMO meraikan lelaki yang penuh keyakinan dalam berhadapan dengan kehidupan penuh semnagat dan tanpa sempadan. Dan dia hidup sepenuhnya pada hari ini, penuh kebebasan serta sentiasa mahukan kelainan dalam setiap langkah.
Wangian maskulin ini merakamkan asas haruman ambar sebagai tarikan utama lelaki Guess. Kesegaran sitrus, floral dan juga rempah menjadi nota atas dan tengah, diikuti dengan campuran hangat antara dark wood dan ambar yang sensual untuk asas haruman yang lebih manis dan menyerlah.
“Lelaki yang menyemburkan wangian Guess merupakan lelaki klasik yang penuh dengan sisi maskulin dan tradisional dalam mempersembahkan diri mereka dalam dunia moden hari ini,” kata pakar haruman Takasago, Linda Chinery.
Diinspirasikan daripada seni bina Itali, desain bekas GUESS UOMO pula membiaskan kombinasi antara sejarah dan sisi moden. Pemilihan corak marmar dalam ton hitam sebagai latar kepada bekas kaca lut-cahaya dengan asen hitam dan logo menyerlahkan lagi seni artisitik dan klasik pada wangian ini.
Kempen kali ini menceduk inspirasi darioada Rat Pack, yang merakamkan sinergi maskulian wangian GUESS UOMO. Dirakam oleh jurufoto Tatiana Gerusova di Caesars Place, Las Vegas, ia dibintangi oleh tiga model Itali iaitu Mattia Narducci, Stefano Sala dan Alex Dellisola.
Wangian ini boleh didapati dalam tiga pilihan saiz iaitu 30 ml, 50 ml dan 100 ml, boleh didapati stor fizikal dan juga guess.com.
Foto: Guess Malaysia
Baca lebih lanjut: 4 FAKTA MENARIK TENTANG ‘WEDNESDAY’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE
Rumah fesyen Paris, Celine memperkenalkan rangkaian Cologne Céleste oleh Hedi Slimane yang merangkumi cologne, minyak badan, sabun mandi, lilin dan banyak lagi.
PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023
Pengembaraan wangian Montblanc diteruskan dengan Explorer Platinum terbaharu yang menjadi pemangkin kepada semangat eksplorasi buat hero Alphamen 2023.
SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU
Dengan edisi terkini keluarga Explorer, Montblanc Fragrance memperkenalkan wangian Montblanc Explorer Platinum untuk merakamkan semangat hero pengembaraan yang baharu.
TEROKAI ERA BAHARU WANGIAN RABANNE BERSAMA POWER COUPLE PILIHAN GLAM LELAKI
Rabanne menerokai era baharu dengan pelancaran wangian PHANTOM dan FAME Parfum bersama tiga power couple pilihan GLAM Lelaki.
WEEKEND GETAWAY BERSAMA ANZALNA NASIR, BELLA ASTILLAH DAN GUESS KIDS
GLAM Junior menampilkan Anzalna Nasir dan Bella Astillah & Aliff Aziz bersama keluarga dalam menggayakan koleksi GUESS Kids terbaharu ketika weekend getaway mereka yang menyeronokan.
LELAKI NERD BERTUKAR BAD BOY DISEBABKAN MINYAK WANGI INI!
Carolina Herrera tampilkan minyak wangi lelaki Bad Boy Extreme baharu untuk serlahkan aura berani anda!