Skip to content

KEMPEN GUCCI GIFT 2022, REKOMENDASI AKSESORI GUCCI UNTUK RAYAKAN MUSIM PERCUTIAN

KEMPEN GUCCI GIFT 2022, REKOMENDASI AKSESORI GUCCI UNTUK RAYAKAN MUSIM PERCUTIAN

Kongsikan artikel ini
1 of 7

PERSIAPKAN DIRI UNTUK LIBURAN DENGAN BEBERAPA PRODUK ILHAM GUCCI GIFT 2022. BINGKISAN UNTUK DIRI SENDIRI ATAU YANG TERSAYANG. RAYAKAN PENGHUJUNG TAHUN DENGAN KEMPEN ISTIMEWA GUCCI GIFT 2022 YANG BERTEMAKAN PERCUTIAN.

 

Kempen Gucci Gift 2022 mengambil inspirasi daripada dunia kembara, yang turut memberi penghormatan kepada sejarah permulaan dan warisan Gucci. Di bawah langit musim sejuk yang diterangi sinar bintang, menyaksikan kumpulan individu sedang gesa ingin menaiki kereta api dalam menuju destinasi pilihan. 

Setiap penumpang dalam perjalanan yang menjangkau imaginasi, diwarnai dengan sifat saling menghargai, yang mana mengisahkan suatu cereka yang terpaling indah. Dibayangkan oleh pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele, visual yang ditangkap oleh Carlijin Jacobs dan filem yang dirakam oleh Jordan Hemingway. Paduan kerjasama yang menyerlahkan semangat optimis dan kegembiraan musim perayaan penuh kilauan. 

Troli, selimut dan bagasi pelbagai bentuk dan saiz untuk membawa semua keperluan menjadi taruhan utama, menceritakan visi fantasi Gucci mengenai kembara, manakala perincian seperti renda, ruffles, baldu dan labuci semuanya menambah seri gaya kala musim perayaan. 

Beg ikonik Gucci dipadankan untuk melengkapi gaya perayaan, dipamerkan dalam palet ‘tone-on-tone’, bersaiz sederhana, balutan kulit mewah, dan dengan motif optik. Terlihat juga penumpang mempamerkan barang kemas dan jam tangan sewaktu mengembara dalam suite yang dihiasi dengan produk istimewa daripada koleksi Gucci Décor. 

1 of 7

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut