AIR REBUSAN UBI KELEDEK BERKHASIAT TURUNKAN BERAT BADAN?
Apa benar dakwaan ini? Adakah air reburan ubi sebenarnya mampu untuk menurunkan berat badan? Untuk pengetahuan anda, ubi keledek sebenarnya kaya dengan sumber vitamin A, mempunyai antioksidan dan anti-penuaan, dan juga sering kali dikaitkan dengan pencegahan penyakit kanser. Namun, berdasarkan kajian terbaru yang didapati dalam laman web elsevier.com, bukan ubi keledek namun air rebusan ubi keledek sebenarnya mampu untuk kurangkan berat badan anda.
Ya, berdasarkan jurnal Heliyon yang dipaparkan dalam laman tersebut mendapati air sisa dari masakan ubi keledek sebenarnya boleh memberi kesan kelangsingan tubuh badan dan boleh membantu sistem penghadaman. Kajian ini dijalankan oleh satu pasukan penyelidik dari Pertanian Negara Jepun dan Pertubuhan Penyelidikan Makanan, yang mencari jalan untuk menggunakan semula air sisa daripada pemprosesan berskala industri ubi keledek yang didapati sebenarnya berkhasiat.
Seterusnya kajian yang diketuai oleh Dr. Koji Ishiguro dari National Agriculture and Food Research Organization di Jepun dijalankan ke atas beberapa kumpulan ekor tikus. Para penyelidik memberi makan kepada tiga kumpulan tikus dengan tiga set makanan – iaitu diet lemak yang tinggi, protein percernaan peptida dari keledek (SPP) – pada kepekatan yang tinggi dan satu kumpulan lagi pada kepekatan yang lebih rendah. Selepas 28 hari mereka tikus tersebut ditimbang dan mendapati kumpulan tikus yang diberi protein percernaan peptida dari keledek (SPP) dengan kepekatan tinggi mempunyai berat badan dan jisim jauh lebih rendah dari dua kumpulan tikus yang lain.
Walaupun kajian ini belum lagi diaplikasikan kepada manusia, air rebusan ubi keledek mungkin berguna untuk anda. Jadi, tidak salah mencuba kan!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.












