TIP HINDARI MULUT BERBAU KETIKA BERPUASA
Pada bulan puasa ini kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi perlakuan juga perlu dijaga agar demi menghormati bulan yang mulia ini. Berpuasa buatkan mulut kekeringan dan mengakibatkan kehadiran bau yang kurang disenangi. Tetapi usah gusar kerana GLAM Lelaki sediakan tip untuk mengurangkan bau mulut ketika berpuasa.
1. MEMBERUS GIGI DAN LIDAH
Memberus gigi memang mudah, tidak perlu ambil masa yang lama. Tapi cara kita memberus gigi perlulah teliti, pastikan anda memberus seluruh celah gigi supaya sisa makanan sahur tadi hilang. Jika perlu, gunakan benang flos untuk mencapai ruang yang sempit. Jangan lupa untuk memberus lidah sekali ya!
2. MINUM AIR
Perbanyakkan minum air masak ketika berbuka dan bersahur kerana mulut kita akan kering sepanjang hari kita berpuasa. Meminum air dengan banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.
Artikel berkaitan: TIP ELAK DEHIDRASI KETIKA BERPUASA
3. KEJU DAN SUSU
Pengambilan keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuatkan gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi. Susu pula dipercayai dapat mengatasi masalah bau mulut.
4. PEMAKANAN
Makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih dan kopi. Makanlah makanan yang sihat dan bertekstur keras ketika bersahur seperti cornflakes, kekacang dan buah epal kerana ini dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.
5. PEMERIKSAAN DOKTOR GIGI
Mulut berbau ini adalah perkara normal sewaktu anda sedang berpuasa tetapi masih ada caranya untuk mengurangkan bau tersebut. Kalau baunya sudah ke tahap yang tidak dapat dibantu lagi ini bermakna sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor gigi. Mungkin gigi anda perlu diservis.
Artikel berkaitan: TIP DAPATKAN GIGI LEBIH MENAWAN UNTUK LELAKI
Sumber: EH!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.
5 SUPERFOOD PERLU AMBIL UNTUK MILIKI PROSTAT YANG SIHAT
Tiada bukti menunjukkan pemakanan yang baik boleh mencegah masalah prostat, namun pengambilan makanan unggul boleh mengurangkan risiko anda.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.