UNTUK GEMBIRA, INI JUMLAH RUTIN SEKS PERLU ANDA LAKUKAN!
Dalam kehidupan berumah tangga, anda dan pasangan sering kali terlupa berapa kali untuk melakukan hubungan kelamin bersama pasangan bukan? Maklumlah, dek kesibukan kerjaya dan hal membesarkan anak, seks adakala bukan rutin utama walaupun seks terbukti berkesan dalam mengukuhkan kasih sayang dan hidup berpasangan, dan sekaligus mengembirakan dan menenangkan jiwa dan emosi anda. Persoalannya kini, berapa kali rutin seks perlu dilakukan?

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Social Psychological and Personality Sciences mendapati bagi memaksimumkan kegembiraan anda dan pasangan, anda sewajarnya perlu untuk melakukan seks sekurang-kurangan seminggu sekali.
Kajian ini turut disokong oleh profesor psikologi di Universiti Toronto yang menyatakan, “seks dikaitkan dengan rasa kepuasan, dan atas sebab itulah seks memainkan peranan penting dalam satu-satu perhubungan. Malah, beliau menegaskan tiada salahnya untuk pasangan meningkat frekuensi rutin sekiranya kedua-dua, anda dan pasangan ingin lakukan.

Namun, tidak semuanya mudah. Berdasarkan satu kajian oleh Universiti San Diego menunjukkan bahawa pasangan di Amerika Syarikat kurang melakukan hubungan seks berbanding tahun 90-an dan sebelumnya. Atas sebab kenapa? Adakah atas dasar kemampuan pasangan? Tidak. Penulis kajian dan profesor psikologi Jean Twenge percaya hiburan seperti YouTube dan Netflix menjadi permintaan sehinggakan pasangan semakin kurang untuk melakukan seks terutama sekali selepas pukul 10 ke atas. Uh-oh!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.











