ZAKAR BENGKAK! 5 PUNCA UTAMA PERLU AMBIL TAHU
Hati-hati jika zakar bengkak. 5 punca kenapa ia perlu dipandang serius dan perlukan rawatan segera. Jangan main-main lelaki!
Perkara mengenai masalah di bahagian sulit bukanlah satu topik yang digemari lelaki terutama secara umum. Yelah, semuanya hebat-hebat belaka! Setiap tubuh badan kita, akan ada masa tidak sihat. Zakar bengkak ini kebiasaanya berlaku apabila mula timbul benjolan samada membuang air kecil dan melakukan hubungan seks.
Jangan risau tidak semua bengkak itu tanda anda mempunyai penyakit serius. Tetapi, jika hendak kepastian segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, ubatan atau rawatan susulan.

Ini 5 punca zakar bengkak perlu anda tahu :
1. Balanitis
Balanitis ini sering terjadi buat kaum lelaki disebabkan kepala zakar (glans) mengalami kerengsaan atau radang. Menurut kajian, sekitar 3 – 11 peratus lelaki akan mengalami Balanitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan dikaitkan dengan kebersihan. Balanitis juga disebabkan jangkitan Candida albicans, sejenis yis yang secara naturalnya mendiami tubuh badan dan alat sulit.
2. Alergi
Kulit zakar anda mungkin bengkak disebabkan alahan terhadap kondom getah, klorin dalam air mandian, kimia dalam bahan cucian, Propylene glycol dalam alat pelincir seks, Spermicides iaitu alat pembunuh sperma. Untuk merawat alahan ini, wajib jumpa doktor dan dapatkan rawatan.
3. Uretritis
Radang uretra boleh jadi punca zakar sakit dan bengkak yang berlaku akibat jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kelamin (STD) yang juga menyebabkan rasa sakit ketik membuang air kecil serta kerap kencing.
4. Priapisma
Masalah ini menakutkan dan akan mengakibatkan zakar lelaki mengalami ereksi berterusan dan berpanjangan walaupun tanpa sebarang rangsangan seksual. Ereksi yang berlaku lebih daripada 4 jam ini juga akan membuat zakar sakit.
5. Tanda Awal Kanser
Kemungkinan ia tanda awal kanser! Lelaki perlu perhatikan tanda ini selain daripada benjolan, pendarahan kulit, perubahan bau atau ada cecair aneh keluar dari zakar anda. Segeralah jumpa doktor jika anda mengalami kebengkakan yang luar biasa.
Artikel berkaitan 5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU TAHU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.











