5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI
ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI IDEA FESYEN BARU? SEMAK SENARAI LIMA PRODUK FESYEN MENARIK UNTUK DIMILIKI. SEMESTINYA MENDAPAT KELULUSAN DARI TEAM GLAM LELAKI.
JAKET SATIN BALMAIN
Jaket merupakan satu keperluan. Ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan boleh digayakan dengan pelbagai cara. Maka itu, jaket satin dari Balmain ini merupakan satu helaian yang banyak kegunaannya, selain menjadi opsyen terbaik untuk bergaya hebat musim ini. Balmain merayakan unsur kreativiti dan eksplorasi elemen moden melalui pembuataan jaket tersebut. Turut mendulang inspirasi dari desain-desain arkibnya. Mengutamakan prinsipnya sebagai jenama yang menyatukan unsur keselesaan dengan kemewahan, taruhan Balmain kali ini bervariasi mulai dari jaket hingga aksesori menarik lain. Apa yang kami suka tentang jaket satin ini ialah paduan warnanya. Elemen sukan tetap ada, menyorot trend ‘athleisure’ yang kekal relevan.
BALENCIAGA PARIS HIGH TOP SNEAKERS WITH PIERCINGS

Antara rekaan sniker yang hot bulan ini. Tambahan lagi, it’s by Balenciaga. Tiada siapa mampu menafikannya. Dekati rekaan baharu Balenciaga Paris High Top Sneakers dengan piercings sebagai perincian utama. Mengusung kerja tangan dengan material terbaik, Balenciaga kembali menyuguhkan rangkaian koleksi sniker untuk menyambut musim panas 2023.
Potongan tegas dan dimensi fungsi berpadu dengan warna hitam yang subtil, menghasilkan koleksi kasut versatil yang dapat dipadu padankan dengan setiap gaya peribadi. Sesuai untuk dipakai kala bergaya hebat untuk ke pesta-pesta muzik musim panas khasnya.
SNIKER BALENCIAGA MEN’S 3XL

Dengan variasi rona cerah, wujud sniker kreasi Balenciaga membangkitkan spirit musim panas yang segar dan penuh selebrasi. Baik untuk memenuhi keperluan saat bercuti atau untuk sehari-hari tampil stylish, ternyata menjadi pendamping sempurna setiap agenda.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
LOAFERS VS SNEAKERS: APA PILIHAN LELAKI BERGAYA 2026?
Semakin banyak pilihan kasut buat lelaki pada tahun 2026. But back to basic, antara loafers dan sneakers, mana satu pilihan anda?
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.













