HARUMAN LOUIS VUITTON UNTUK BAPA KESAYANGAN
Les Parfums Louis Vuitton buka jilid baru dalam koleksi haruman lelaki menerusi Imagination. Tiada lebih istimewa jika sebotol haruman mewah ini dijadikan pemberian hadiah sempena Hari Bapa.

Komposisi luar biasa, wangian ketujuh ini cukup istimewa buat Master Perfumer, Jacques Cavallier Belletrud. Kembara dalam pembuatan Imagination dilihat sebagai esensi penuh inovatif, serta bak melayari impian dalam memilih masa depan. Sepertimana anda bebas tiada batasan mencari personaliti diri. Jacques Cavallier Belletrud sekali lagi, dalam ruang kepakarannya menghasilkan sebuah ciptaan cukup berimaginasi luar jangkaan dengan pemilihan aroma serba nostalgia. Setelah hampir 5 tahun, dia tidak sabar untuk menampilkan aroma penuh kecantikan ini melalui Ambergris. Nota ini cukup memberi mood kontemporari.

Bayangan nostalgik antara anda dan bapa kesayangan mungkin terselit disebalik memori Imagination. Menerusi gabungan setiap aroma ini melalui proses exceptional hanya untuk mencipta aroma serba kontras dan seimbang. Kepakaran Jacques Cavallier Belletrud dalam mengabungkan bahan semula jadi untuk setiap ciptaannya sememangnya tidak perlu disangkal lagi, ianya sebuah masterpiece.

Nota aroma seperti Ambrox bersama Citrus sebagai pembuka bicara, terlengkap bersama Calabrian Bergamot, Orange dan Sicilian Cedar. Tidak terhenti di situ, ekspresi segar melalui nota bunga seperti Tunisian Neroli serta Nigerian Ginger, ekstrak Carbon Dioxide dan Ceylon Cinnamon cetus mood intensif.

Jika anda baru mengenali Les Parfums Louis Vuitton, setiap rekaannya punya aroma eksklusif atau rahsia mengapa haruman terlalu memikat hati. Untuk Imagination, Jacques Cavallier Belletrud memilih Black Tea cukup rare dalam pasaran China. Lantas mendapat ekstraksi bersama Carbon Dioxide dan nota tambahan seperti Grass, Straw dan sedikit Smoky Edge
Artikel berkaitan HARUMAN PENENTU JODOH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER
Louis Vuitton mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope.
THE HOUSE OF OUD HADIR DENGAN PURE DIAMOND, WANGIAN PENUH KEMEWAHAN
Pure Diamond, dari The House of Oud dipersembahkan dengan penuh kemewahan, inspirasi oleh Cullinan Diamond yang ditemui pada 1995.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC
Louis Vuitton Pop-Up Art of Gifting di Suria KLCC Mall, menampilkan seleksi eksklusif hadiah, personalisasi produk & pengalaman imersif.
DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE
Jenama wangian FUGAZZI Frangrances kini boleh didapati di Kuala Lumpur dibawah naungan TROVE sebagai tanda kolaborasi di Asia Tenggara.











