Skip to content

TEMU BUAL BERSAMA PELAKON UTAMA LUPIN, OMAR SY & LUDIVINE SAGNIER (SPOILER ALERT)

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki berpeluang menyertai sidang media bersama barisan pelakon utama siri ‘Lupin’, Omar Sy, Ludivine Sagnier serta penerbit juga penulis, George Kay dalam sesi promosi bahagian kedua yang akan debut pada 11 Jun 2021 di Netflix.

Lupin adalah fenomena baharu dalam sejarah televisyen Perancis dan antarabangsa. Siri Netflix dalam bahasa Perancis itu telah ditonton oleh 76 juta isi rumah selepas hanya 28 hari ditayangkan. Nama Omar Sy yang memegang watak Assane Diop terus mencuri perhatian dengan karakternya yang bijak, kreatif, nakal dan penuh semangat.

GLAM Lelaki berpeluang untuk menemu bual Omar Sy, Ludivine Sagnier serta George Kay yang turut bertindak sebagai penerbit dan penulis untuk siri hangat dari Perancis ini.

Ludivine Sagnier (Claire)

Tiga perkataan yang sesuai menggambarkan Lupin Part 2 ini?

Ludivine Sagnier (LS): Cemas, bahaya dan menghiburkan

Omar Sy (OS): Boleh saya pilih jawapan yang sama hahaha….

George Kay (GK): Mencemaskan, mengelirukan dan mengejutkan

 

Bagaimana anda boleh terlibat dengan projek ini?

LS: Sya bukan sahaja marasakan mahu bekerja dengan Louis Leterrier, yang saya minat karyanya, tetapi juga bersama Omar Sy yang saya minat. I sangat teruja dapat meluangkan masa bersama dia. Dia menepati harapan dan jangkaan saya! Apa yang saya juga suka mengenai rancangan ini adalah kekeluargaan yang menjadi nilai utama Assane. lebih-lebih lagi dalam Part Two.

OS: Ia bermula apabila syarikar produksi Lupin, Gaumont menghubungi saya dengan bertanya satu soalan yang cukup mengejutkan. “Karakter apa yang anda mahu mainkan?” Saya tidak perlukan masa yang lama untuk menjawab Arsène Lupin. Pada saya, dia adalah watak yang sempurna buat seorang aktor. Dia seorang yang menggoda dan bijak, dia mempunyai pelbagai watak, dia mampu untuk menghadapi pelbagai jenis pengalaman, dari drama kepada komedi, dari serius kepada tidak serius, serta mampu melakukan aksi yang penuh tenaga.

Bagaimana respon anda ketika membaca skrip buat pertama kali?

LS: Rancangan ini seperti lanjutan tidak konvensional kepada novel Maurice Leblanc yang saya minati. Kerasa asalnya, saya tidak pasti rancangan ini boleh menjadi betul-betul moden, melihat adapatasi Lupin sedia ada. Dan saya tertarik dengan pendekatan luar tempo yang bukan seperti ilustrasi buku-buku tersebut tetapi penceritaan yang menyuntik sisi moden dan kebebasan.

OS: Saya merasakan ia adalah satu rancangan yang hebat! Saya telah membaca beberapa draf yang tidak memuaskan lagi, dan kami terus mencari Lupin ‘kami’ dan mendapati dia mempunyai sesuatu yang kurang. Apabila George Kay tampil dengan versinya, saya merasakan dia telah menjumpai Lupin yang kami cari selama ini – karakter itu berada dalam kehidupan moden, dan mempunyai keistimewaannya. Misinya untuk balas dendam selari dengan karakter Lupin, dan terdapat kesinambungan antara perjalanan Lupin dan Assane yang sempurna. Saya juga dekat dengan tema kebapaan dan legasi – itulah tema utama yang menjangkaui jalan cerita.

Bagaimana anda merumuskan plot kali ini?

OS: Ia mengisahkan seorang budak yang menjumpai sebuah buku! Hahaha. Lebih serius, ia mengenai seorang anak yatim piatu yang mendapati seorang tokoh bapa dalam sebuah buku – dia menganggap karakter fiksyen itu sebagai bapa angkat dalam buku itu sebagai bapa sebenarnya. Dengan legasi itu – dan perkara itu – dia mahu balas dendam. Kerana Lupin adalah satu karakter yang mempunyai banyak lapisan, dia seperti seorang budak yang mahu balas dendam untuk bapanya, tetapi dia juga seorang bapa yang perlu menghentikan obsesi kepada bapanya sendiri untuk menjadi seorang bapa! Dalam masa sama sudah tentu dia juga adalah seorang gentleman burglar.

 

Bagaimana bekerja dengan beberapa pengarah? Adakah sukar untuk mengikut cara kerja masing-masing yang berbeza?

LS: Saya tidak kisah sangat menukar dari satu pengarah kepada satu pengarah yang lain kerana terdapat prinsip yang perlu diikuti dan bahasa yang sama. Setiap pengarah mempunyai cara tersendiri dan bergantung kepada pelakon untuk mengikutinya. Saya suka bekerja dengan ramai pengarah – ada yang lebih character-driven, ada juga yang lebih fokus kepada visual, tetapi saya seronok dapar bekerja dengan semua.

Rancangan ini melibatkan dua tempoh waktu yang berlainan. Adakah ia membuat anda teruja sebagai seorang aktor?

OS: Ianya sangat menarik! Apabila berbicara mengenai Lupin, ia melibatkan elemen yang menyeronokan, dalang disebalik rancangan rompakan, kebijaksaan yang sentiasa selangkah di hadapan orang lain, aksi – semuanya cukup terjua. Apabila bercakap dengan lakonan pula, anda harus memikirkan tentang latar belakang karakter ini, bagaimana dia menjadi diri dia, nuansanya. Penulis siri, George Kay mahu mengeksplorasikan zaman kanak-kanak Assane. Saya merasakan ianya menarik untuk melihat apa Mamadou Haidara, pelakon muda yang berlakon versi muda kepada karakter saya, akan lakukan, dan kemudian saya akan guna untuk lakonan saya. Apabila anda mengambilnya anda akan mempunyai lebih banyak untuk mencuba perkara baharu, kerana anda mempunyai cerita zaman muda yang memberikan petunjuk kepada lakonan anda.

 

Tidak seperti hero Maurice Leblanc, Assane tidak menggunakan sebarang solekan, dan dia mampu untuk menukarkan identiti dengan mudah.

OS: Kami memikirkan bagaiman dia akan bertukar dari satu karakter kepada karakter lain dalam dunia hari ini. Kami tidak boleh menggunakan efek topeng muka ‘Mission: Impossible’ semula, jadi kami memilih pilihan yang lebih mudah. Assane didefinisikan melalui ketidak adilan yang dilaluinya – dia yang tidak dihiraukan, seperti halimunan – yang menjadi sebahagian daripada traumanya. Dia menggunakan semua itu. Apabila dia menukar kostum dan watak, dia sebati dengan persekitaran. Saya menghargai sepenuhnya kerana ia sesuatu yang dekat dengan saya. Dalam pengalaman saya sebagai pelakon komedi televisyan, saya tahu saya hanya perlukan beanie dan sepasang kaca mata untuk menukar identity. Assane hanya perlukan beberapa benda kecil untuk membina statusnya dalam masyarakat, kerana hari ini ramai lebih fokus kepada apa yang seseorang itu lakukan daripada siapakah orang itu yang sebenar.

Marcel Hartmann/Netflix

Dalam Part Two ini, dinamik Assane bersama pihak polis telah berubah?

OS: Dia simpati kepada pegawai polis yang cuba untuk menamgkapnya. Dlam buku, Lupin sebenarnya agak sama. Dia bermain dengan polis, dia selangkah – atau beberapa langkah – dihadapan mereka, tetapi dia berasa dekat dengan karakter Detective Ganimard dan turut menolongnya. Dalam novel Leblanc yang kemudian, Lupin adalah seorang penyiasat, dan Pesuruhjaya Polis pula adalah salah seorang sahabatnya. Kami mengekalkan semangat yang ada pada karakter Detective Guedira yang dimainkan oleh Soufiane Guerrab. Dia adalah seperti rakan sejawat kepada Assane. Jika anda melupakan mereka berada pada bahagian undang-undang berlawanan, mereka berdua adalah gek Arsène Lupin!

Assane menjad lebih rapat dengan anaknya dalam Part Two ini. Apakah pendapat anda mengenai sisi kebapaan dalam rancangan ini?

Apa yang saya suka mengenainya adalah ia works both ways. Assane mempunyai masalah dengan menjadi anak dan juga menjadi seorang bapa. Apabila dia fokus untuk balas dendam untuk bapanya, dia bertindak sedikit kebudak-budakan dan mengelak tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, dan apabila dia menghabiskan masa dengan anaknya, dia melupakan misi diri untuk membalas dendam. Rancangan ini juga mengenai legasi. Bapa Assane memberikan dia sebuah buku Arsène Lupin. Apakah yang akan dia lakukan dengannya? Dan bagaimana dia akan memberikan kepada anaknya sendiri?

 

Adegan kegemaran anda dalam siri Lupin Part 2 kali ini?

LS: Bolehkah saya menyatakannya? Saya hanya akan menyebut satu perkataan iaitu ‘jambatan’.

OS: Saya akan memilih jawapan yang sama! Saya Lupin, saya seorang perompak hahaha…. Sesuatu yang indah berlaku antara karakter kami di situ.

Lupin: Part 2 akan menampilkan lima episod baharu. Siri Perancis pertama yang menduduki senarai Top 10 Netflix di Amerika Syarikat ini akan kembali menghangatkan televisyen peminat bermula 11 Jun 2021 di Netflix. Klik untuk menonton video trailer Lupin: Part 2.

Foto: Netflix Malaysia

Baca lebih lanjut: FIRST LOOK: LUPIN PART 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 SIRI DAN FILEM NETFLIX PALING MENAKUTKAN WAJIB ANDA TONTON

NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
alif satar

“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR

Bacaan Lanjut
cannes 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FESTIVAL FILEM CANNES 2024 (SETAKAT INI)

Bacaan Lanjut
“CINTA HATI KAMI” - MALUMA KINI BERGELAR BAPA

“CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut