JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!
Sesetengah lelaki di Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak sihat yang bukan saja membawa kepada obesiti, tetapi lebih teruk lagi iaitu mati pucuk.
Penyakit ini amat membimbangkan penghidapnya terutama jika ia berlaku pada usia masih muda. Menurut kajian pada 2022, hampir 40 peratus atau kira-kira 1.6 juta lelaki muda berusia bawah 30 tahun di Malaysia mengalaminya.
Justeru isu ini tidak boleh diambil ringan. Selain memberi kesan pada hubungan ranjang bersama isteri, ia turut merendahkan keyakinan diri dan kejantanan seorang lelaki.
Cegah sebelum terlambat dengan beberapa tip ini
1. Elak minuman keras
Mengambil minuman beralkohol boleh menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Apabila anda mengambil minuman keras secara berlebihan, ia akan menyebabkan saluran darah rosak dan menyebabkan mati pucuk. Sebagai umat Islam, anda semestinya perlu menjauhi minuman beralkohol.
2. Jangan Merokok

Foto: Freepik
Ramai kaum lelaki menganggap bahawa apabila mereka merokok, kepuasan seks akan lebih terjamin. Tidak sama sekali! Satu kajian dari Finland mendapati tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk kerana ia menjejaskan salurah darah. Selain itu juga ia akan melemahkan ketegangan zakar.
Kandungan nikotin di dalam rokok antara penyumbang kuat terhadap masalah ini. Perokok akan mengalami ereksi dan nafsu seks yang lemah disebabkan oleh pembuluh darah yang sempit.
3. Amalkan Pemakanan Sihat
Gaya hidup sihat merupakan kunci asas untuk anda terhindari daripada penyakit ini. Sayur-sayuran serta buah-buahan antara jenis makanan yang bagus untuk melancarkan darah. Selain itu ia membantu memastikan seluruh anggota badan berfungsi dengan baik. Ia juga dapat menambah kualiti dan kepekatan air mani.
Pastikan setiap makanan yang diambil mempunyai kadar garam yang rendah. Lebihan garam turut menyumbang kepada kegagalan fungsi zakar.
4. Jauhi Pornografi

Foto: Marymarkevich/Freepik
Menurut pakar sakit tuan, Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi, kajian mendapati terdapat peningkatan terhadap jumlah lelaki Malaysia yang gagal dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan akibat kerap menonton bahan luncah. Lebih merisaukan, mereka yang masih muda juga mengalami masalah mati pucuk disebabkan obsesi terhadap pornografi. Tabiat buruk ini akan menyebabkan anda mengalami kelesuan seksual.
Selain itu pornografi juga akan menyebabkan anda terasa janggal apabila melakukan hubungan bersama pasangan kerana keseronokan anda mudah hilang dan minda akan terganggu.
5. Luang Lebih Masa Di Ranjang
Antara langkah lain untuk menangani masalah mati pucuk adalah melakukan hubungan seks bersama isteri dengan lebih kerap. Lebih banyak ereksi dilakukan, lebih banyak darah semula jadi akan mengalir ke zakar anda. Secara tidak langsung ia akan memperbaiki peredaran darah secara semula jadi.
Menurut pakar, ereksi adalah senaman untuk zakar yang membantu ia berfungsi dengan lebih baik dan mengeluarkan air mani yang berkualiti.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: 5 DIET YANG BOLEH MEROSAKKAN KEHIDUPAN SEKSUAL ANDA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENAMAN LELAKI PATUT CUBA UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN
Pernahkah anda tertanya-tanya, adakah jenis senaman yang anda lakukan selama ini dapat mempengaruhi kesuburan?
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
10 TIP PERAPIAN DIRI LELAKI MESTI AMALKAN
Tidak boleh dinafikan perapian diri sangat penting buat lelaki agar kelihatan kemas dan bersih setiap hari.
5 CARA SEMULA JADI UNTUK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Ubat-ubatan membantu merendahkan tekanan darah tinggi, malangnya ia boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh.
6 CARA PASTIKAN TUBUH KEKAL TERHIDRAT KALA BERPUASA
Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, justeru penting untuk kekal terhidrat bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik.
5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA
Berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu cabaran besar buat penghidap gastrik. Namun ada cara mudah untuk mengatasinya.