Skip to content

KJ VS MATEEN, SIAPA BAKAL MENGUNGGULI?

Kongsikan artikel ini

Esok bersamaan 22 ogos 2017, perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur bakal diadakan apabila pasukan Malaysia dijadualkan akan menentang pasukan Brunei di Taman Ekuestrian Putrajaya. Apa yang menariknya, pertembungan epik ini menyaksikan pasukan Malaysia terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei yang diketuai  Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah. Persoalannya kini, siapakah yang bakal mengungguli?

Berdasarkan sumber dari Astro Awani, Pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana Khairy menyertai pasukan itu. Ini ditambah pula dengan kehebatan Khairy sebagai seorang pemain polo pemain polo yang berpengalaman.

Namun jangan dipandang rendang akan pasukan dari Brunei. Seperti yang diketahui ramai, Pangiran Muda Abdul Mateen sememangnya seorang yang sangat aktif bersukan dan terkenal dengan ketangkasannya bermain sukan polo dan sudah didedahkan dengan sukan itu sejak kecil lagi. Manakan tidak, kekandanya juga, Azemah Ni’matul adalah antara dua pemain polo wanita handalan untuk acara ekuestrian polo.

Persoalannya kini, siapa yang bakal menggungguli dan anda di team mana? Semuanya bakal terjawab esok! All the best!

Berikut adalah senarai  barisan enam pemain utama polo Malaysia dan Brunei.

Pasukan Polo Malaysia:

1. Khairy Jamaluddin
2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
3. Muhammad Faizal Abu Bakar
4. Abdul Rashid Hasnan
5. Amran Selamat
6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
7. Mohd Zulhelmi Nadzar

Pasukan Polo Brunei:

1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
2. Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah
3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
4. Pangiran Muda Abdul Qawi
5. Huzaimi Haji Mahari
6. Mohamad Huzaimi Husin

Sumber: ASTRO Gempak

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Ogos 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut