Skip to content

LELAKI! ANDA WAJIB LALUI 8 UJIAN KESIHATAN INI

Kongsikan artikel ini

Bercakap mengenai pemeriksaan kesihatan, lelaki dilihat kurang ambil kisah. Lelaki masa kini dilihat lebih mementingkan diri melibatkan aktiviti kecergasan dan kesukanan. Ketahuilah, seperti wanita lelaki juga sebenarnya wajib lalui beberapa siri ujian kesihatan tambahan pula jika yang sudah meningkat usia. Padanlah baru-baru ini, ada statistik dari kajian menunjukkan wanita hidup sepuluh tahun lebih lama kerana cukup peka dengan tahap kesihatan, dan lelaki pula dilihat semakin lemah. Oleh sebab itu, ini dia lapan senarai ujian kesihatan mungkin boleh membantu.

1. TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan di tempat kerja, kewangan dan kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa anda sedari. Yang pasti, apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, pasti banyak lagi penyakit yang akan datang seperti serangan jantung, strok, kerosakan salur darah dan banyak lagi. Bacaan seperti 140/190 atau lebih dikira cukup tinggi. Jadi sewajarnya anda melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi sebulan sekali.

2. KOLESTROL

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah jika berada di tahap tinggi. Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High Density Lipoprotein dan LDL atau Low Density Lipoprotein. Kolesterol baik membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor. Jadi lakukan sekarang!

3. KENCING MANIS / DIABETES

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara musuh utama lelaki. Sebagai seorang lelaki, anda disarankan untuk melakukan ujian yang diberinama ‘fasting blood sugar’, yang dilakukan ketika berpuasa. Jika keputusan menunjukkan tahap gula yang tinggi, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ bagi mengesahkan simptom penyakit kencing manis. But anda yang mempunyai berat badan berlebihan dan lahir dari keturunan keluarga penghidap kencing manis, anda  perlu menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

4. BARAH KOLOREKTUM 

Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat setiap tahun. Ujian ini disarankan buat anda yang berusia lebih daripada 50 tahun. Selain itu, sekiranya anda mempunyai keturunan dari keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan untuk mengakui pada doktor anda agar dapat diatasi dengan segera.

5. UJIAN DENSITI TULANG

Ketahuilah lelaki juga turut terdedah kepada masalah kerapuhan tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50 tahun, sepuluh peratus lelaki akan mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Lalui ujian kesihatan mengesan kekuatan tulang dengan segera apabila umur anda semakin meningkat.

6. MATA

Jangan anda ingat mata anda yang sihat tidak perlu untuk melalui pemeriksaan. Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti glaukoma. Mengikut Akademi Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), lebih kurang 45 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor. Jadi laluinya sekarang agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

7. BUAH ZAKAR

Alat sulit anda juga diwajibkan untuk melalui ujian saringan. Kanser buah zakar boleh dihidapi lelaki berusia seawal 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan. Di awalnya, anda boleh melakukannya sendiri dengan  memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasai untuk mengesan sebarang bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

8. KESUBURAN

Soal kesuburan sering kali menjadi topik bualan hangat. Sebagai seorang lelaki, anda juga perlu melalui ujian kesuburan bagi mengenal pasti sperma anda aktif atau tidak. Tahukah anda, kemandulan boleh terjadi kepada lelaki sebanyak 50% dan selebihnya kepada wanita.  Ujian kesuburan merupakan proses mengukur dan menilai kuantiti dan kualiti sperma dalam sampel air mani yang dihasilkan oleh seorang lelaki dinilai mengikut tahap kecairan, kiraan sperma, pergerakan sperma, tahap PH dan banyak lagi. Sebelum anda menjalani satu ujian kesuburan lelaki, anda perlu melakukan persiapan sperma. Ini bermakna bahawa anda tidak perlu melampaui mempunyai aktiviti seksual yang akan berakhir pada pancutan selama 2-5 hari sebelum ujian.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Mei 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TUAH WAJAH ROBERT PATTINSON UNTUK DIOR SPRING 23

TUAH WAJAH ROBERT PATTINSON UNTUK DIOR SPRING 23

Bacaan Lanjut
4 DIET & KEPERCAYAAN ANEH NOVAC DJOKOVIC MENGENAI KESIHATAN

4 DIET & KEPERCAYAAN ANEH NOVAK DJOKOVIC MENGENAI KESIHATAN

Bacaan Lanjut
ALASAN LELAKI LEBIH SUKA JUAL MAHAL

ALASAN LELAKI LEBIH SUKA JUAL MAHAL?

Bacaan Lanjut
SACOOR BLUE, TAWAR PAKAIAN HARIAN VERSATIL & SELESA

SACOOR BLUE, TAWAR PAKAIAN HARIAN VERSATIL & SELESA

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

Bacaan Lanjut
BIJAK URUS EMOSI, KEBOLEHAN BERKOMPROMI DAN 3 LAGI PETANDA ANDA LELAKI MATANG

5 PETANDA ANDA LELAKI MATANG

Bacaan Lanjut