Skip to content

THE ROCK BAKAL REBUT JAWATAN PRESIDEN US?

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak mengenali pelakon aksi dan bintang Hollywood popular, Dwayne ‘The frock’ Johnson? Khabarnya, baru-baru ini pelakon yang bakal muncul dengan filem Baywatch bersama Zac Efron akan merebut kerusi jawatan Presiden Amerika Syarikat yang kini disandang oleh Donald Trump. The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson, 44 tahun berkata, beliau tidak akan menolak kemungkinan akan bertanding pada pemilihan yang akan berlangsung pada tahun 2020 nanti selepas pucuk pemerintahan Donald berakhir nanti.

Seperti dilaporkan dalam laporan Vanity Fair, The Rock menjelaskan, “Saya tidak menolak kemungkinan ini. Ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk membantu orang, jadi ianya mungkin. Pada pilihan raya lalu menunjukkan bahawa apa sahaja boleh berlaku.”

Namun adakah The Rock sudah bersedia? Jelasnya lagi dalam temubual bersama Reuters, “Saya sayangkan negara saya. Sesungguhnya saya seorang yang patriotik dan saya juga merasakan buat masa kini, aspek kepimpinan sangat penting sekali.”

Mengimbas kembali sekitar tahun 2000, The Rock pernah berucap di Konvensyen Kebangsaan Republikan di mana beliau menyeru golongan muda untuk mengundi. Walaupun The Rock tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik, tetapi bekas bintang gusti WWE ini sudah tidak asing daripada mengambil bahagian dalam acara-acara politik. Apa-apa pun, yang pasti ramai yang teruja sekiranya The Rock menjadi Presiden Amerika Syarikat. Anda pula bagaimana?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Mei 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut