LELAKI JUGA BOLEH GUNA, CLEAR LANCAR RANGKAIAN PRODUK BERASAS BOTANI
Diinspirasikan oleh kebaikan botani dan dimanfaatkan oleh sains, CLEAR Malaysia dengan bangganya melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut baharu, CLEAR Botanique, yang mengandungi 100% bahan semula jadi tanpa paraben dan pewarna. Rangkaian ini boleh didapati di pasar raya, kedai runcit, farmasi serta laman e-dagang di Malaysia.
Wanita (termasuk lelaki) masa kini selalu mencari penyelesaian untuk masalah kelemumur mereka samping mengekalkan rambut yang cantik dan bermaya. Walaupun syampu anti-kelemumur diketahui keberkesanannya, ada di antara mereka risau syampu anti-kelemumur membuatkan rambut mereka kelihatan kusam dan kasar. Oleh sebab itu, ramai memilih syampu yang mengandungi bahan semula jadi sebagai penyelesaian bagi masalah rambut dan kulit kepala.

Kini, dengan CLEAR Botanique, pengguna boleh meyakini bahawa rambut dan kulit kepala mereka akan dipelihara dengan baik. Rangkaian syampu dan perapi anti-kelemumur CLEAR pertama yang mengandungi bahan semula jadi ini melindungi rambut dan kulit kepala dibantu oleh teknologi anti-kelemumur tiga kali ganda dan 100% ekstrak botani semula jadi. Formulasi baharu ini menguatkan kulit kepala untuk kulit kepala bebas kelemumur* di samping mengekalkan rambut yang kelihatan kuat bersinar dan cantik bermaya.
“Untuk mendapatkan rutin penjagaan rambut yang sempurna adalah sukar kerana kita bukan hanya mencari jawapan untuk rambut yang bebas kelemumur. Sebaliknya, kita inginkan penyelesaian penjagaan rambut menyeluruh yang boleh menyelesaikan masalah kelemumur di samping memelihara rambut agar kelihatan cantik dan bermaya. Inilah idea yang mendorong kami untuk memperkenalkan CLEAR Botanique kepada pengguna,” kata Natalie Goh, Pengurus Pemasaran untuk Kategori Rambut dari Unilever.

Anda boleh membeli produk ini di farmasi Guardian dan kedai atas talian dengan harga RM22.90 untuk setiap botol syampu dan perapi, atau sebagai satu set pada harga RM45.80.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berinteraksi dengan CLEAR Malaysia di Facebook atau Instagram.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











