4 MAKANAN TINGKATKAN DAYA SEKS
Terdapat pelbagai cara untuk anda meningkatkan kenikmatan seks dan pemilihan makanan tertentu adalah salah satu daripadanya. Selama beberapa abad terdapat makanan dan herba yang telah dikenalpasti dapat membantu meningkatkan prestasi seks manusia. GLAM Lelaki berkongsi beberapa jenis makanan yang mungkin biasa dimakan atau boleh anda cuba selepas ini.
1. TIRAM
Tiram adalah makanan yang utama dalam kumpulan makanan yang dapat meningkatkan prestasi seks. Selain kaya dengan zink, ia juga mengandungi zat galian yang baik bagi penghasilan cecair faraj dan hormon testosteron.
2. COKLAT
Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan aliran darah selain kandungan enderphins, kimia yang membuat ‘rasa gembira’ dan meningkatkan daya seks. Coklat juga mengandungi ramuan yang mampu menjadikan kulit manusia sensitif terhadap sentuhan walaupun ia dilakukan dengan lembut.
3. BAWANG PUTIH
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih dapat membantu memekatkan air mani lelaki. Air mani yang pekat dan banyak boleh meningkatkan libido lelaki sewaktu klimaks. Bawang putih juga dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin selain mampu meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
4. CILI
Selain membantu mengurangkan risiko barah prostat, cili dikatakan membantu melancarkan edaran darah sewaktu hubungan seks. Darah yang dipam dengan baik ke bahagian seksual membantu lelaki bertahan lebih lama selain meningkatkan berahi bagi wanita.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.














