MANIFESTO MASKULIN DIOR HOMME SPORT
NUANSA RAMUAN DIOR HOMME SPORT LAMBANG KEJAGUHAN SEORANG WIRA. AKTOR ROBERT PATTISON HIASI WAJAH KEMPEN UNTUK HARUMAN MASKULIN PILIHAN FIGHTER.
Pakar wangian Dior, François Demachy kembali meneliti semula ciptaanya dalam menyuntik nafas baharu yang lebih fokus kepada elemen maskulin. Sentuhan magisnya, membolak-balikkan komposisi ramuan dengan jelas. Dengan ilham nota aroma amber dan warm, dilengkapi pula bersama aroma rempah yang diperkayakan dengan intipati kayu. Akhirnya, gabungan terbaru ini mencipta haruman cukup energetik dan tahan lama sepanjang hari. Kesegaran yang hadir telahpun direka semula khas untuk Dior Homme Sport ibarat strikes like a boxer. Sesuai dengan inspirasi yang tercetus disebalik wangian ini lambang kejaguhan ahli peninju! Semangat ini tercetus melalui nota segar Citrus yang dihangatkan bersama ramuan rempah, frankincense dan amber. Ianya merupakan gabungan terbaru, lebih sofistikasi dan anggun.
Aromanya pula mendatangkan energi dan moden. Keharuman nota Reggio Bergamot merupakan bauan signature kala terlayang. Ramuan istimewa menerusi perkongsian eksklusif di Calabria yang membawakan limau cukup segar dan zesty. Ditambah pula bersama nota Aldehida yang mengembalikan kesinaran. Secara konklusinya, gabungan setiap nota ini seperti Ultra-Powerful yang mencetuskan kesegaran dibalik kehangatan mood maskulin. Dior Homme Sport memberi kesegaran di luar jangkaan penuh misteri.
Hamparan semangat kekuatan disebalik elegan personaliti cetus sensual Dior Homme Sport. A fighter who dreams of reaching the stars, bintang ternama Robert Pattinson segak bersama lagaknya seperti seorang ahli peninju. Jurufoto Swedish, Par Mikael Jansson sekali lagi merakamkan lagak maskulin aktor ini dengan cukup kasual, anggun melambangkan gaya seorang heroes of the ring.Botol Dior Homme Sport yang berbentuk seperti tiang diperbaharui dengan penuh elegan, ringan dan digilap kemas. Kaca telusnya dihiasi bersama penutup blok kristal lambang semangat Dior Homme.
Artikel berkaitan ROBERT PATTINSON X DIOR HOMME FALL 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD
Beberapa pelakon Hollywood pernah meluahkan hasrat untuk meninggalkan dunia lakonan. Mujurlah mereka membuat keputusan tepat dan membatalkan niat itu!
“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA
Selepas tiga bulan menimang cahaya matanya sulung, Robert Pattinson akhirnya meluahkan perasaan dan keterujaannya bersama peminat.
5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON
Evangeline Lilly baru-baru ini mengumumkan persaraannya dari industri hiburan. Beberapa pelakon lelaki Hollywood juga pernah berniat untuk bersara namun membatalkan hasrat mereka pada saat akhir.
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG
Pasangan merpati dua sejoli, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Hubungan lima tahun bintang Inggeris, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse nampaknya bakal memasuki fasa baharu.
JUSTIN TRUDEAU & HRITHIK ROSHAN ANTARA LELAKI TERKACAK 2023, SIAPA DI TANGGA TERATAS?
Laman sesawang TechnoSports mendedahkan nama 10 lelaki paling tampan dari pelbagai negara dan latar belakang berbeza.