MENGAPA LELAKI ADA MEN-CRUSH?
Bilang tahun pasti ada sahaja ilham untuk grooming diperbaharui. Tidak heranlah lelaki juga ada men-crush! Ketahui 10 penjagaan dan dandanan dari selebriti yang boleh dijadikan inspirasi.
Kebanyakan artikel atau majalah, baik dari segi cetakan mahupun digital, menyentuh tentang hal dandanan buat lelaki. Banyak juga isu-isu yang memberi idea atau pendapat tentang sesuatu produk, bagaimana untuk digunakan, di mana, berapa ringgit, bahan-bahan apa yang digunakan, reviu, dan pelbagai lagi informasi lain. Tetapi untuk mempertimbangkan produk yang sesuai, atau idea untuk mengubah rutin harian dalam dandanan, adalah masalah utama yang sering dihadapi. Apabila terlalu banyak informasi atau pendapat, lelaki selalunya menjadi pening dan akhirnya mereka membiarkan sahaja masalah ini berlalu. Satu penemuan baharu mengenai men-crush atau dengan bahasa lain, lelaki lain yang memberi inspirasi kepada sesetengah individu dari sudut yang berbeza. Sama seperti wanita, lelaki juga turut melihat sesuatu perkara yang mereka suka (atau yang terpilih), kemudian boleh diterapkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Contoh terdekat men-crush adalah selebriti, model, atlet, dan mungkin ahli perniagaan sedikit sebanyak memberi input mengenai kehidupan, pekerjaan, gaya hidup dan fesyen, serta lain-lain lagi. Contoh yang lebih praktikal adalah seperti, gaya potongan rambut oleh atlet bola sepak kegemaran. Ia ada kemungkinan untuk melekat di minda mereka dengan lebih ketara, kerana mereka suka akan bola sepak, sesetengah individu mampu menjadi lebih obses dengan pasukan kegemaran mereka, dan atlet kegemaran yang selalu memberi markah lebih dalam permainan mempunyai gaya rambut yang sangat cool dan boleh ditiru. Perkara-perkara seperti ini banyak berlaku, dan tanpa melengahkan masa, mereka akan hanya mula memanaskan enjin kereta dan berlalu ke salun atau kedai gunting rambut. Sometimes, that’s how dramatic men are…
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-AWAL ASHAARI
Awal Ashaari terus menjadi inspirasi buat generasi lelaki yang ingin tampil segak dengan kelas tersendiri. Pesona gayanya mengagumkan.
THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025
GL The Man Awards 2025 buat pertama kalinya meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Grooming lelaki paling ‘on point’ di KLFW 25, dengan sentuhan fesyen, dandanan rapi & pesona maskulin yang mencuri perhatian sepanjang KLFW.
KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Malam pembukaan KLFW 2025 disajikan dengan Pretty-Ugly, OUTDWELL dan Rizman Ruzaini yang tampil dengan koleksi streetwear, dan glamor memukau.