Skip to content

NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH

Kongsikan artikel ini

Dalam gaya hidup lelaki masa kini, pemilihan perfume bukan lagi soal bau semata-mata. Ia adalah cerminan personaliti, tahap keyakinan, dan cara anda mahu dikenang. Perfume niche kini menjadi pilihan lelaki bergaya kerana ia lebih eksklusif, kompleks, dan tahan lama berbanding perfume biasa.

Berbeza dengan perfume komersial, perfume niche dihasilkan dalam jumlah terhad dan menggunakan bahan berkualiti tinggi. Tahun 2025 menyaksikan peningkatan minat terhadap haruman segar yang membawa aura maskulin daripada citrus cerah hingga aroma laut yang eksotik. Jejaka yang mahu tampil unik memilih perfume niche untuk menonjolkan identiti mereka.

Jika anda sedang mencari perfume niche terbaik yang berbau fresh dan elegan sepanjang hari, senarai ini untuk anda. Kami himpunkan 5 pilihan utama tahun 2025 lengkap dengan deskripsi bau, nota utama serta tips membeli niche perfume.

1. Maison Francis Kurkdjian Aqua Universalis Cologne Forte

niche perfume untuk lelaki

Kredit foto: Campomarzio70

Jika anda sukakan bau bersih dan minimal seperti kain linen putih yang baru dicuci, ini adalah pilihan ideal. Aqua Universalis Cologne Forte menawarkan haruman ringan, elegan dan sangat menyegarkan. Ia sangat sesuai dipakai sepanjang hari, terutama dalam cuaca panas Malaysia.

Wangian ini dibuka dengan letupan citrus dari bergamot dan sweet pea. Ia kemudian berkembang menjadi bunga putih yang lembut dan diakhiri dengan white musk yang bersih. Kombinasi ini memberikan kesan segar yang profesional dan berkelas.

  • Nota utama: Bergamot, white flowers, sweet pea, musk

2. Niche Perfume: Le Labo Bergamote 22 EDP

Kredit foto: Le Labo

Bergamote 22 sering digelar sebagai antara perfume niche terbaik sepanjang masa. Wangian ini memberi vibe musim panas California dengan gabungan bergamot dan grapefruit yang cerah dan segar. Sangat sesuai untuk dipakai waktu siang, semasa bercuti, atau ketika acara penting.

Ia menampilkan keseimbangan sempurna antara nota citrus dan asas kayu vetiver serta amber. Kombinasi ini menjadikan haruman ini maskulin, bersih dan tahan lama. Sesuai untuk lelaki urban yang aktif dan mahu tampil bergaya tanpa berlebihan.

  • Nota utama: Bergamot, grapefruit, petitgrain, amber, vetiver

3. Diptyque Eau de Lierre EDT

Kredit foto: Diptyque

Eau de Lierre adalah pilihan ideal untuk lelaki yang sukakan gaya minimal dan dekat dengan alam. Wangian ini mencipta suasana seolah-olah anda sedang berada di taman kehijauan selepas hujan. Ia ringan, menyegarkan dan tidak terlalu kompleks.

Haruman ini bermula dengan ivy dan cyclamen yang lembut, kemudian dilapisi galbanum dan musk. Aroma ini sangat sesuai untuk lelaki yang tenang, tidak suka menonjol tetapi tetap mahu kelihatan rapi dan tersusun.

  • Nota utama: Ivy, cyclamen, musk, galbanum

4. Niche Perfume: Tom Ford Bois Pacifique Eau De Parfum

niche perfume fresh untuk lelaki

Kredit foto: Tom Ford

Bois Pacifique merupakan antara keluaran niche terbaru dari koleksi Private Blend Tom Ford. Wangian ini diinspirasikan oleh landskap tropika Pasifik Selatan. Ia menggabungkan aroma kayu eksotik dengan citrus dan elemen laut yang segar.

Haruman ini bermula dengan lemon dan bergamot, kemudian muncul lapisan garam laut dan kelapa. Asasnya dibina daripada amberwood dan cedarwood yang memberi kesan hangat dan tahan lama. Ia sangat sesuai untuk lelaki yang sukakan suasana santai, mewah dan eksotik.

  • Nota utama: Lemon, bergamot, kelapa, garam laut, cedarwood, amberwood

5. Bleu de Chanel Parfum

Kredit foto: Chanel

Walaupun dari kategori designer, Bleu de Chanel Parfum dianggap setaraf niche perfume kerana komposisinya yang halus dan premium. Ia adalah simbol lelaki moden yang sofistikated, bau yang segar, matang dan sangat versatil.

Haruman ini bermula dengan nota lemon dan bergamot, kemudian berubah menjadi hangat dengan sandalwood dan tonka bean. Ia lebih mendalam dan tahan lama berbanding versi EDP atau EDT. Pilihan ideal untuk lelaki profesional yang ingin tampil bergaya tanpa berlebih-lebihan.

  • Nota utama: Bergamot, lemon, cedarwood, sandalwood, tonka bean

Tips Sebelum Membeli Niche Perfume

  • Uji sebelum beli: Kunjungi butik seperti Kens Apothecary atau Sephora untuk sample.
  • Pastikan sah & asli: Elakkan beli dari penjual yang tiada review atau harga terlalu murah.
  • Sesuaikan dengan gaya anda: Citrus dan aquatic sesuai untuk lelaki aktif. Leather atau musk lebih sesuai untuk yang berani dan dominan.

Artikel berkaitan: 8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

By Farhana Fuad
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut

10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE

Bacaan Lanjut

KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

Bacaan Lanjut
Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut