PERSONALITI DAN DEFINISI KEBEBASAN #IAMLIBRE
KISAH DEFINISI KEBEBASAN TIGA WANITA PILIHAN LIBRE EAU DE PARFUM MENYUNTIK PENGALAMAN TERBAIK. KEHANGATAN AROMA DISEBALIK KELEMBUTAN BUNGA-BUNGAAN MENYERLAHKAN PERSONALITI ULTRA-FEMININ.
Kebebasan yang dimiliki merupakan idaman setiap wanita dalam kehidupan mereka. “FREE. That’s the one word that defines Yves Saint Laurent.” Wangian terkini daripada YSL Beauty, menerusi Libre menghembus aura eksperimental dalam meraikan kebebasan dan gaya keperibadian serta menyuntik minda dengan serakan segar dalam mengejar kekuatan diri.
Karya agung ciptaan pakar wangian terkenal, Anne Flipo dan Carlos Benaïm membawakan kelainan dalam menggabungkan elemen lelaki dan wanita dalam satu formula berani. Pati bunga Lavendar dari Provence, Perancis dengan emosi memukau dari Orange Blossom cipta kehangatan. Nota berani, Vanila dari Madagascar dan klasik ambergris dari Grisalva serlahkan intensiti aroma bunga. Kembali kisah terdahulu, di mana kehangatan intipati istimewa ini membawa kepada elemen tradisi yang bergelar ‘Flower of Fire’ pada tahun 1977. Opium salah satu aroma yang melambangkan abad ke-20. Hanya pilihan bunga-bungaan Yves Saint Laurent cukup berbeza, mencerminkan semangat bebas. Penegasan terbaru menerusi LIBRE Eau De Parfum ini ibarat bersandarkan struktur maskulin dan ultra-feminin.
Mengenali lebih dekat intipati setiap nota haruman yang menjadi ukuran utama, dalam sentuhan couture LIBRE Eau De Parfum. DIVA LAVENDER melalui proses kultivar baharu dalam mengekalkan kesegaran dan keharuman bunga ini ditanam di kawasan pergunungan sekitar Provence. Setiap proses dilakukan secara tuai tangan sehingga menghasilkan pati minyak 100% semula jadi dan kemudiannya difraksinasi dengan CO2. LAVANDIN HEART pula sering digunakan sebagai pewangi pakaian sejak zaman Rom yang merupakan kacukan dua bunga Lavender liar. Hanya kepala bunga yang baru dipetik dan disuling bersama wap untuk mengekalkan kesegaran. Proses ini hanya eksklusif di Yves Saint Laurent. Kehangatan VANILLA BOURBON PURE JUNGLE ESSENSETM melalui proses pengeringan selama 6 bulan untuk mengembangkan aromanya. Vanila Yves Saint Laurent diperoleh secara sustainable di Madagascar melalui program komuniti untuk hasil yang terbaik. Orange Blossom bunga unik dan digemari oleh Carlos Benaïm menggabungkan elemen eksklusif. Bunga ini ditanam di kawasan Rabat-Salé-Kenitra di Maghribi.
Daya tarikan sensual disebalik rantaian emas megah terlilit rapi di bahagian bottleneck, penutup hitam asimetrik, dan logo ikonik Cassandre ‘YSL’ dipusing ke sisi. Ini mungkin penjelasan untuk penampilan ‘Libre’ yang luar biasa dan bold. Di dalam botol kecil ini, terdapat duo aroma yang melewati ilham maskulin dan feminin serta jahitan kemas persis sut Yves Saint Laurent. Oleh itu, LIBRE Eau De Parfum ialah contoh terbaik gaya teras dan inovasi Yves Saint Laurent dalam dunia fesyen & kecantikan global, dan mengapa ia menjadi kegemaran setiap wanita seluruh dunia.
Tiada individu yang selayaknya menyampaikan mesej kebebasan kepada dunia, menerusi LIBRE Eau De Parfum dan Dua Lipa. Dia bergelar sebagai duta kecantikan LIBRE Eau De Parfum yang juga diangkat sebagai ikon millennial. Katanya, “ To be free for a woman in 2019 goes without asking. We live life by our own rules.” Sejak album sulungnya eponimnya pada 2017, Dua Lipa telah memecah rekod, menjadi artis wanita yang paling ramai pengikut di dunia.
Auranya memukau, apabila telah melakar sejarah lantaran dicalonkan untuk lima kategori di Anugerah Brit 2018. Video untuk lagu ‘New Rules’ nya, lagu yang pemberdayaan wanita telah berjaya memperoleh lebih daripada satu bilion tontonan di YouTube, menjadikannya artis wanita termuda untuk mencapai sasaran ini. Dia adalah ikon fesyen dan kecantikan.
Artikel berkaitan RAMI MALEK KINI WAJAH EKSKLUSIF KEMPEN TERBARU YSL
Kempen #IAMLIBRE menyambut pandangan dan definisi ‘FREEDOM’ bersama barisan DJ wanita lokal yang punya kisah tersendiri untuk dikongsikan bersama para wanita seluruh dunia. DJ ARABYRD, DJ IRAMA dan DJ AIDAHO bersatu dalam menyampaikan mesej luar biasa menerusi siri kempen #IAMLIBRE. Tiga personaliti ini amat menyanjungi ilham ekslusif menerusi wangian LIBRE Eau De Parfum dalam kehidupan harian mereka.
Kredit : Videografi JACKIE MAH, ONE3FOURSTUDIO, Gambar EDMUND LEE, ONE3FOURSTUDIO, Direktor Kreatif NISA’ HALID, Project Manager JULIA AZMAN dibantu oleh ALISHA AZUDDIN & AZIZ DRAIM, Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Solekan SHIYO JO, Rambut CODY CHUA, Pakaian AllSaints, Moschino, Karl Lagerfeld & Manolo Blahnik
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguji setiap wangian secara langsung? GLAM Lelaki membariskan 10 pilihan terbaik untuk wangian lelaki pada tahun 2023.
MEERQEEN KINI DUTA PERTAMA YSL BEAUTY MALAYSIA
YSL Beauty memaklumkan bahawa Meerqeen telah dilantik sebagai duta jenama warga Malaysia pertama di bawah YSL Beauty Malaysia.
ALL HOURS FOUNDATION PILIHAN MASKULIN
Tiada lagi masalah kulit kusam kerana YSL Beauty cetus evolusi bersama bedak cecair ikonik, ALL HOURS FOUNDATION.
DEFINISI BEDAK ASAS BUAT LELAKI
Cabar keberanian, hidup tanpa sekatan! YSL Beauty ALL HOURS FOUNDATION bawa pengalaman baharu buat MK K-Clique, Uriah See dan Dini Schatzmann.
ADAM LEVINE X YSL ‘Y’ FRAGRANCE FOR MEN
Kolabrasi ini melibatkan kerjasama 'digital' memandangkan Adam Lavine juga turut aktif di media sosial.