5 POTONGAN RAMBUT LELAKI PALING IKONIK SEPANJANG ZAMAN
Setiap tahun, trend rambut lelaki berkembang mengikut citarasa fesyen dan gaya hidup masa kini. Bagi lelaki, potongan rambut lelaki bukan sekadar gaya, tetapi juga medium untuk meluahkan personaliti, keyakinan dan karisma. Sama ada anda seorang yang sukakan gaya kemas atau berani dengan sentuhan edgy, pilihan rambut yang tepat mampu mengubah keseluruhan penampilan.
Menariknya, 2025 menyaksikan kembalinya beberapa gaya klasik dengan sentuhan baharu yang lebih moden. Gaya yang dulunya dianggap “old school” kini menjadi pilihan barisan selebriti, atlet dan pempengaruh fesyen. Ditambah pula dengan pengaruh media sosial, potongan rambut viral kini menjadi inspirasi pantas buat lelaki yang ingin tampil segar.
Apa yang penting, bukan semua potongan sesuai untuk semua orang. Bentuk wajah memainkan peranan utama dalam menentukan sama ada gaya itu menyerlahkan ciri maskulin atau sebaliknya. Jadi sebelum anda membuat keputusan, mari kenali gaya yang sedang trending dan bagaimana ia boleh dipadankan dengan bentuk wajah anda.
Potongan Rambut Lelaki Mengikut Bentuk Wajah
1. Curly hair taper fade

Kredit foto: Pinterest
Potongan ini sesuai untuk lelaki berambut kerinting semula jadi. Bahagian sisi ditipiskan kemas, sementara bahagian atas dibiarkan dengan tekstur curly yang bervolume. Gaya ini memberi keseimbangan antara santai dan bergaya.
Sesuai untuk wajah:
-
Bulat: menambah ilusi tinggi pada bahagian atas.
-
Bujur: serasi kerana wajah bujur fleksibel untuk hampir semua gaya.
2. Mullet

Kredit foto: Relentless Grooming
Potongan retro yang kembali popular. Depan dan sisi pendek, manakala belakang dibiarkan panjang. Gaya ini bold dan berani, sesuai untuk lelaki yang ingin tampak unik.
Sesuai untuk wajah:
-
Segi empat: melunakkan garis rahang yang tajam.
-
Hati: memberi keseimbangan pada dahi yang lebih lebar.
3. Gaya potongan rambut lelaki: French crop

Kredit foto: Pinterest
Ringkas, kemas dan tidak memerlukan penjagaan rumit. Bahagian fringe (jambul hadapan) dipotong pendek, memberi penampilan minimalis dan bersih.
Sesuai untuk wajah:
-
Bulat: fringe pendek membantu mengurangkan ilusi lebar.
-
Panjang: gaya ini seimbang kerana tidak menambah lebih ketinggian.
4. Taper fade

Kredit foto: The Right Hairstyles
Antara gaya paling evergreen yang kekal trending. Bahagian sisi dan belakang ditipiskan secara natural, sementara bahagian atas boleh dipelbagaikan sama ada slick back, side part atau messy style.
Sesuai untuk wajah:
-
Hati & segi empat: menonjolkan tulang pipi dan garis rahang.
-
Bujur: kekal seimbang dengan potongan versatile ini.
5. Gaya potongan rambut lelaki: Textured quiff

Kredit foto: Modern Gentleman Magazine
Lebih moden dan edgy, gaya ini memberi volume pada bahagian atas dengan tekstur messy yang tampak effortless. Sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya maskulin tetapi tidak terlalu formal.
Sesuai untuk wajah:
-
Bulat: memberi ilusi wajah lebih panjang.
-
Segi empat: menambah kelembutan pada garis rahang yang tegas.
Tip Tambahan Memilih Potongan Rambut Lelaki Mengikut Bentuk Wajah
-
Bulat: pilih potongan dengan volume di bahagian atas, elakkan fringe terlalu panjang.
-
Segi empat: gaya yang melembutkan sudut rahang lebih sesuai, seperti mullet atau quiff.
-
Bujur: wajah bujur serasi dengan hampir semua potongan, jadi berani mencuba.
-
Hati: pilih gaya yang memberi keseimbangan pada dahi lebar, seperti taper fade atau mullet moden.
Pilihan potongan rambut lelaki terkini tahun 2025 sangat pelbagai, dari gaya ringkas hingga bold yang mencuri perhatian. Sama ada anda memilih Curly Hair Taper Fade yang effortless, Mullet berani, French Crop minimalis, Taper Fade versatil atau Textured Quiff moden, pastikan ia sesuai dengan bentuk wajah anda. Dengan pemilihan yang tepat, penampilan harian anda bukan sahaja lebih segar, malah meningkatkan keyakinan diri.
Artikel berkaitan: CARA MEMILIH GAYA POTONGAN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Lelaki. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.