Skip to content

Punca

PUNCA SEBENAR RAMBUT CEPAT BERUBAN: FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

Kongsikan artikel ini
1 of 6

Ketahui fakta sebenar kenapa rambut anda cepat beruban dan bagaimana usia serta genetik memainkan peranan penting dalam perubahan ini.

Ramai yang berpendapat bahawa punca tekanan melalui kerja dan memikir terlalu banyak boleh menyebabkan rambut sesiapa sahaja beruban. Tetapi, adakah benar tekanan yang menjadi puncanya? Dan kenapa rambut anda telah beruban dan nipis walaupun di usia yang muda?

Kebanyakan rambut beruban tidak berkait dengan tekanan. Rambut juga tidak “bertukar” putih secara tiba-tiba. Warna rambut ditetapkan apabila folikel rambut menghasilkannya, dan ia tidak akan berubah warna kecuali diwarnakan. Dengan usia kian meningkat, folikel rambut menghasilkan kurang pigmen, menyebabkan rambut baru lebih cenderung tumbuh kelabu atau putih selepas usia 35 tahun.

Mengikut Robert H. Shmerling, MD, Senior Faculty Editor, Harvard Health Publishing, walaupun tekanan tidak boleh mengubah warna setiap helaian rambut, tekanan boleh mencetuskan satu keadaan biasa yang dipanggil telogen effluvium. Keadaan ini menyebabkan rambut gugur tiga kali lebih cepat daripada biasa.

Rambut akan tumbuh semula, jadi keadaan ini tidak menyebabkan kebotakan. Namun, jika anda sudah berusia pertengahan dan rambut anda gugur serta tumbuh semula dengan lebih cepat akibat tekanan. Ada kemungkinan rambut yang tumbuh semula akan beruban berbanding warna asalnya

1 of 6

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI

Bacaan Lanjut
10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI CHRIS EVANS

10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI CHRIS EVANS

Bacaan Lanjut

KULIT KEPALA KERING BOLEH DIRAWAT DENGAN SCALP CLINIX

Bacaan Lanjut

AESOP DAN RICK OWENS

Bacaan Lanjut