RAHSIA KULIT LEMBAP SELAMA 48 JAM
CUACA SEMAKIN HARI, SEMAKIN PANAS! KULIT PULA KEMBALI KERING DAN TIDAK BERMAYA. CETAPHIL HADIR DENGAN SOLUSI KULIT LEMBAP SEHINGGA 48 JAM
Cetaphil adalah jenama terkenal dengan rangkaian produk penjagaan kulit paling berkesan, yang juga mempunyai warisan dermatologi dan perubatan. Membawakan hanya yang terbaik untuk pengguna, Cetaphil, jenama yang dipercayai selama tujuh dekad, kini memperkenalkan rangkaian Optimal Hydration, yang memberikan penghidratan sehingga 48 jam.

Dengan kepakaran lebih 70 tahun dalam bidang penjagaan kulit sensitif, dan sebagai jenama penjagaan kulit berasaskan dermatologi nombor 1 di Malaysia, Cetaphil memahami bahawa untuk mencapai penghidratan kulit yang optimum, proses penghidratan yang dinamik adalah satu keperluan. Oleh itu rangkaian Optimal Hydration baharu membawakan penghidratan selama 48 jam yang akan meningkatkan kualiti kulit secara menyeluruh.

Rangkaian ini mengandungi kombinasi inovatif asid hialuronik yang menambahkan kelembapan secara mendalam dan HydroSensitiv™ Complex, kompleks yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit dan bunga daisy biru yang melegakan, yang akan membantu menghidrat dan melegakan kulit sensitif secara mendalam. Dengan komitmen jenama ini untuk menyediakan penjagaan lengkap bagi kulit yang kering, ternyahhidrat dan sensitif, rangkaian Optimal Hydration menjanjikan manfaat penjagaan penghidratan yang tahan lama untuk melegakan kulit sensitif dan meningkatkan penghidratan dinamik yang mendalam dengan meningkatkan kandungan air pada kulit dan mengekalkan kelembapan selama 48 jam di bahagian yang memerlukan, dan lama-kelamaan keadaan kulit sensitif akan menjadi bertambah baik.
Rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration baharu ini terdiri daripada:
- Optimal Hydration 48 Hour Hydration Serum – Serum ringan yang diserap dengan serta-merta. Mengandungi asid hialuronik, minyak biji bunga matahari, minyak shea, pro vitamin B5 dan vitamin E untuk menambahkan penghidratan kulit secara mendalam selama 48 jam dan memperbaiki kualiti kulit dengan menyeluruh.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











