RAIKAN SEMANGAT ENERGETIK CK EVERYONE EAU DE PARFUM
EKSPRES SEMANGAT ENERGETIK, TIMELESS BERSAMA BARISAN WANGIAN IKONIK CK ONE. CALVIN KLEIN BAWAKAN WANGIAN TERBARU MENERUSI CK EVERYONE.

Tampilkan diri tanpa batasan sudah menjadi inspirasi utama golongan belia kala menyatakan perasaan yang terbuku dalam diri. Calvin Klein membawakan visual ini dalam koleksi wangian terkini CK Everyone Eau de Parfum yang bersifatkan autentik dan ekspresi diri. Rekaan botol CK Everyone Eau de Parfum yang terlilit kemas dengan getah hitam dan putih lambang kepada koleksi Calvin Klein Underwear. Manakala pilihan penutup botol rona hitam pula adalah kod utama untuk CK Everyone Eau de Parfum.

Menangkap pula olfaktif terkenal ini, pakar wangian Alberto Morillas bersama Franck Voelkl dan Gabriela Chelariu bersatu dalam mencipta aroma gender neutral serba unik. Aroma seperti citrus woody pembuka bicara untuk koleksi ikonik ini. Lebih segar bersama nota oren organik dari Mexico, dipertengahan aroma seperti bauan sensasi Black Tea dari Sri Lanka. Aroma teh ini adalah tradisi penting untuk barisan wangian CK One. Wangian terbaru ini cukup artistik dengan suntikan dinamik formula serba mewah.
Artikel berkaitan 5 HARUMAN UNISEKS UNTUK KAMU DAN PASANGAN
Formula Vegan turut terkandung untuk koleksi terbaru ini sebanyak 77% kerana ramuannya dari bahan semula jadi dan naturally-derived alcohol. Menerusi kempen wangian yang menampilkan barisan individu muda seperti aktor Evan Mock, artis Elliot Sumner, artis visual MLMA dan penyanyi rap Priddy meraikan kepelbagaian dalam visual polimorfik yang berani yang memperkasakan diri dan mentakrifkan semula sempadan yang menjauhi semua had dan batasan. Kempen ini dirakamkan oleh jurugambar Glen Luchford. Dapatkan wangian terbaru Calvin Klein di ZALORA Malaysia dengan harga RM 273 100ml dan RM377 200ml.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.











