REVIU GROOMING PERTUNJUKAN MUSIM BUNGA/PANAS 2022
Persembahan feyen untuk himpunan musim bunga/panas (menswear) sudah lebih 10 hari berlangsung, namun ceritanya masih belum suam, masih ada lagi yang berbicara tentang koleksi yang dipersembahkan. Malah saya sendiri masih sibuk meneliti gaya grooming baik tata rias mahupun stail rambut yang menjadi pelengkap kepada pertunjukan saban musim ini. Jika sebelum ini saya rancak menulis tentang ilham grooming di Dior juga betapa kemasnya dandanan slick back di Fendi, kali ini saya rangkumkan reviu grooming empat pertunjukan.

BURBERRY
Saya suka melihat pertunjukan Burberry kali ini. Selain tertarik dengan aksesori yang melekap di hidung dan bibir, mata saya tertumpu pada gaya rambut modelnya. Majoritinya melangkah dengan gaya rambut yang dipotong pendek dengan gaya ala tentera. Malah, ada juga model yang mencukur setengah sahaja rambut. Ada yang lebih menarik bila mana ada model yang diwarnakan rambutnya dengan gaya bertompok-tompok, tidak ubah seperti corak harimau bintang. Gangsta!

LOUIS VUITTON
Bila melihat pertunjukan Louis Vuitton ini, apa yang menangkap mata saya bila melihat wajah-wajah model yang melintasi pentas peragaan ialah bibir mereka. Saya lihat bibirnya nampak sangat sihat. Jika orang selalu kata kulit yang sihat berseri-seri itu glowing, saya mahu katakan bibir model di Louis Vuitton ‘glowing’. Warnanya tidak seperti bergincu, namun tidak jugalah nampak sangat natural tapi yang pasti ia nampak ‘cantik’. Asas solekannya pula tampak sangat pusam, namun bukan bermaksud ia nampak kering, masih ada seri. Dan majoritinya saya tidak nampak menilai gaya dandanan kerana kebanyakan stail di pertunjukan ini menutupi kepala dengan pelbagai gaya topi dan sarung kepala.

GIORGIO ARMANI
Giorgio Armani masih mahu mengekalkan identiti lelaki Itali yang sering menitikberatkan penampilan mereka. Begitulah model di pertunjukan Giorgio Armani masih mengekalkan identiti itu bila mana semua modelnya tampi segak bersiap. Rambutnya lengkap dengan gel, menonjolkan efek basah namun tidak terlalu kemas. Rambutnya bagikan disisir menggunakan sikat berus atau jari sahaja. Sama ada rambut pendek atau panjang semuanya ditarik ke belakang, namun tidak terlalu rapi, masih punya elemen ‘musim panas’ yang kekal bersahaja.

ERMENEGILDO ZEGNA
Jika anda mahu mencuba satu gaya potongan rambut baharu, saya cadangakan anda tiru ilham model di persembahan fesyen Ermenegildo Zegna. Mana-mana model yang berambut panjang sedikit, rambut mereka akan disisr ke depan, dengan gaya jambul menutup dahi, fringe. Gaya fringe di pertunjukan ini lebih bersahaja, tidak rapi. Ada sebahagiannya jambulnya bagai diramas-ramas dengan mousse untuk efek jambul sedikit ikal, ada pula yang berat melekat di dahi.
Artikel Berkaitan: SLICK BACK HAIR HANGAT DI FENDI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!











