Skip to content

SAKIT GOUT DI USIA MUDA? INI SOLUSINYA.

Kongsikan artikel ini
1 of 6

gout1

Siapa kata penyakit gout hanya dihidap oleh mereka yang berusia 40 ke atas? Hari ini, golongan muda yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 30 tahun mempunyai peratusan tinggi untuk menghidap sakit gout ini. Ini berpunca daripada gaya pemakanan yang kurang sihat dan tidak aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sukan.

Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik (separa pejal) merupakan bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein dipanggil purin. Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid urik ini berkumpul pada celahan tulang dan terhasillah batu kristal gout. Lebih teruk lagi apabila batu gout ini boleh terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang.

8 Tanda-tanda serius penyakit gout:

  1. Penyakit gout kebiasannya menyerang ibu jari kaki dan akan menyebabkan ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2. Jika bukan di ibu jari kaki, sakit gout ini bisa menyerang bahagian lain di kaki sebagai contoh di kawasan buku lali, dan juga di tumit kaki.
  3. Sendi yang diserang terasa bisa dan sensitif dengan sebarang geseran. (Jika kritikal, pesakit tidak mampu berjalan kerana kaki terasa sakit apabila memijak permukaan lantai)
  4. Serangan selalunya berlaku pada waktu malam.
  5. Sakit mungkin berlarutan sehingga 1-2 minggu jika tidak mendapat rawatan secepat mungkin.
  6. Benjolan besar merah akan timbul di sendi dan cuping telinga.
  7. Kencing yang kerap.
  8. Bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.
1 of 6

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

angin pasang lelaki

ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!

Bacaan Lanjut

DI SEBALIK LELAKI AGRESIF: REALITI YANG PERLU LELAKI HADAM

Bacaan Lanjut
irfan haris bintang muzik moden

IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA

Bacaan Lanjut

SUSU MENTAH: REALITI TREND ‘NATURAL’ UNTUK LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut

MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR

Bacaan Lanjut

PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut