Kempen Kitar Semula Denim bersama GUESS & Kloth Lifestyle
Kini anda juga boleh berjasa pada alam sambil berfesyen dengan helaian celana denim. Tentunya anda punyai helaian yang sudah lama terperuk dalam almari dan tidak dipakai lagi. Dengan program menarik oleh Guess yang diketengahkan ini, anda boleh menerima mendapat pulangan berbentu diskaun untuk celana denim baru nanti.
Denim Recycling Campaign dilancarkan pada musim luruh ini hasil daripada gabungan hebat jenama GUESS dan KLOTH LIFESTYLE SDN BHD. Kempen ini akan bermula di butik GUESS seluruh Malaysia pada 29 September sehingga 30 Oktober 2016.
Denim Recyling Campaign adalah salah satu inisiatif untuk memupuk dan menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula pakaian denim mereka di butik GUESS yang berhampiran. Mereka yang hadir bakal menikmati diskaun sebanyak 30% dengan setiap pembelian di butik GUESS. Setiap helaian jeans yang diterima akan dikitar semula dan sebahagiannya juga akan disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan.
Usaha murni anda bukan saja dapat membantu memelihara alam tetapi juga komuniti yang tentunya akan menghargainya. Ini juga masa terbaik untuk anda kosongkan gerobok yang sudah lama tersimpan celana dari zaman remaja atau yang sudah tidak celus dipakai lagi. Ayuh sertai kempen ini untuk bersama-sama membantu menjaga alam sekitar dan menjadikan bumi lebih hijau!
Teks: Putra Mokhter
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON
Pada usia 42 tahun, Justin Timberlake membuat kemunculan pertama sebagai model kempen terbaharu jenama fesyen mewah Louis Vuitton.
KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!
Levi's dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Kolaborasi ini, menerapkan ciri khas Stussy kedalam koleksi denim Levi's bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.
JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO
Selepas satu dekad, Jeremy Scott mengumumkan dia bakal melepaskan kerusi Pengarah Kreatif jenama fesyen mewah Itali.
10 GAYA FESYEN IKONIK HARRY STYLES YANG MEMUKAU MATA
Harry Styles membuktikan dirinya sebagai salah seorang artis terbesar dan paling berpengaruh dalam muzik. Nama gah Harry Styles juga tidak asing lagi dengan gaya fesyen ikonik dan pelik.
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.