TEKSTUR SERUM WAJAH PALING NGAM UNTUK LELAKI
Selain itu minyak pati Rose Otto, Sandalwood dan Frankincense juga berada dalam serum ini sudah banyaknya khasiat! GL berkongsi temubual GLAM secara eksklusif bersama Direktor Penyelidikan dan Pembangunan Aesop, Samy Hamada.
Lucent Facial Concentrate dikenali sebagai produk serba-boleh. Apakah penyelidikan disebaliknya ?
Lucent Facial Concentrate adalah serum penghidratan yang kuat dan diformulasikan untuk mengimbangi kulit wajah. Produk ini bersifat fleksibiliti kerana sesuai dengan kebanyakan jenis kulit. Cara penggunaanya pula boleh terlaksana secara kendiri, berlapis atau bercampuran. Tetapi adalah digalakkan untuk menggunakan set rangkaian Aesop yang lengkap untuk hasil yang efektif. Kandungan seperti Sodium Ascorbyl Phosphate (Vitamin C0 dan Niacinamide (Vitamin B3) dapat mengimbangi kulit serta membantu kulit lebih sekata.
Sebagai serum cult-favourite, adakah ianya sesuai dengan iklom tropikal di Malaysia?
Untuk penghidratan yang kuat, serum ini sesuai digunakan secara kendiri (secara bersendirian). Iklim lembap yang tinggi di Malaysia, sesuai untuk penghidratan yang ringan dengan penyerapan yang cepat.
Ada pelbagai jenis Vitamin C di pasaran. Mengapa Sodium Ascorbyl Phosphate menjadi pilihan untuk serum ini?
Kadar Sodium Ascorbyl Phosphate (Vitamin C) yang banyak untuk serum ini membantu mengimbangi dan meratakan permukaan kulit, dan juga b membantu menangani hiperpigmentasi. Vitamin ini penting kerana memberi manfaat yang ketara kepada kulit dalam formasi mentahnya. Seperti Asid Askorbik (Vitamin C) penggunaan tidak stabil dan mudah terdedah dengan persekitaran tertentu terutama sinar UV. Kulit akan cepat terdegradasi. Oleh itu, Lucent Facial Concentrate mengandungi derivatif sintetik Vitamin C iaitu Sodium Ascorbyl Phosphate yang ditukarkan kepada Asid Askorbik (Vitamin C) oleh enzim endogen.
Apakah proses pembangunan serum ini dan momen kegemaran anda kala mencipta formulasinya?
Lucent Facial Concentrate telah dibangunkan dengan mencari vitamin dalam tahap tinggi untuk setiap format. Terutama buat serum bertekstur paling ringan, cepat serap, kemasan matte dan sesuai dengan kegunaan harian. Oleh itu, Aesop menawarkan alternatiif paling ringan pernah dilakukan. Momen kegemaran saya adalah kala mencipta formula dengan menguji variasi formula berbeza bersama pasukan saya. Hanya mencari yang terbaik! Yang kedua iaitu saat produk ini diperkenalkan pada dunia, walaupun agak lambat prosesnya tetapi kami menerima reviu yang positif dari klien yang mencuba serum ini buat pertama kalinya.
Untuk pengguna baru dalam penjagaan kulit Aesop, apakah rekomendasi anda untuk Lucent Facial Concentrate sebagai produk pertama untuk dicuba?
Serum ini adalah detik paling hebat dalam dunia rangkaian penjagaan kulit Aesop. Ia menyediakan penyelesaian ringkas kepada keperluan harian kulit kerana fungsi utamanya adalah memberikan penghidratan yang ringan disebalik mewah dengan vitamin berguna. Tekstur serum berair ini memudahkan penyerapan cepat dan merebak pada permukaan kulit dengan mudah. Sehinggakan anda tidak nampak kemasannya pada kulit wajah.
Apakah yang anda cadangkan untuk mulakan rutin penjagaan kulit Aesop dengan menggabungkan Lucent Facial Concentrate?
Kami percaya pendekatan yang tidak rumit untuk penjagaan kulit, fokus pada kesihatan kulit, dan menekankan keberkesanan pembersihan kulit wajah memberi solusi terbaik. Penggunaan produk penghidratan, pengelupasan dan masker akan menghasilkan rejimen yang lengkap dan optimum.
Bagi mereka yang mencari rejimen harian dalam iklim yang lebih panas seperti Malaysia, kami mengesyorkan membersihkan kulit sama ada dengan Fabulous Face Cleanser, pembersih lembut yang dirumus untuk menyokong kebanyakan jenis kulit, atau In Two Minds Facial Cleanser, yang dirumus khusus untuk kulit kombinasi. Ikuti dengan B & Tea Balancing Toner untuk menyediakan kulit untuk penghidratan, dan urut Lucent Facial Concentrate ke dalam kulit. Lucent Facial Concentrate juga boleh diadun dengan Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Treatment untuk peningkatan anti-oksidan tambahan. Selesai dengan sapuan lembut Exalted Eye Serum di sekitar kawasan peri-orbital untuk menambah dan menyokong kulit halus di sekeliling mata.
Adakah terdapat rancangan untuk mengembangkan koleksi Lucent untuk masker, krim, dan pembersih pada masa hadapan?
Aesop merancang untuk mengeluarkan beberapa produk penjagaan kulit baharu yang inovatif dalam beberapa tahun akan datang. Pendekatan kami adalah mengambil masa yang diperlukan untuk memastikan setiap formulasi baharu yang kami cipta memenuhi keperluan ketat kami untuk kualiti dan keberkesanan.
Artikel berkaitan AESOP DAN RICK OWENS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
GL25: Sepanjang 2025, GLAM Lelaki terus memperteguh naratif lelaki moden menerusi deretan pencapaian dan kolaborasi eksklusif.
TOTAL GROOMING CHECK: SET PENJAGAAN RAMBUT & BADAN PILIHAN EDITORIAL
GLAM Lelaki memilih tiga rangkaian penjagaan rambut dan badan daripada OUAI, Shiseido Professional dan Grown Alchemist.
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.











