TERBUKTI! PRODUK INI HILANGKAN BINTIK HITAM HANYA 2 MINGGU
TIADA LAGI MASALAH BINTIK HITAM ATAU PIGMENTASI KETARA KERANA EUCERIN SPOTLESS BRIGHTENING CRYSTAL BOOSTER SERUM ADALAH JAWAPANNYA!

Lelaki juga memerlukan penjagaan kulit intensif. Bukan sekadar membersihkan wajah, anda juga wajib menitikberatkan rutin penjagaan ini. Tidak tahu mana hendak mencari produk terbaik? Saranan GL, barisan produk dermo-kosmetik holistik, Eucerin sesuai untuk anda yang baru berjinak untuk menjaga wajah.
Baru-baru ini, Eucerin melancarkan produk terbaru Spotless Brightening Crystal Booster Serum iaitu lanjutan kepada rangkaian Spotless Brigtening. Bahan aktif yang terkandung dalam siri ini iaitu Thiamidol. Yang telah dipatenkan dengan Crystal Technology eksklusif dan terbukti secara klinikal berkesan mengurangkan masalah bintik hitam sehingga 75% serta tingkatkan penghidratan kulit sehingga 98% hanya dalam masa dua minggu penggunaan berterusan.

Dengan mengambil kira iklim Asia juga, Crystal Booster Serum mempunyai tekstur ultra ringan yang tidak melekit, tidak berminyak dan cepat menyerap untuk penggunaan yang selesa sepanjang hari. Selain itu, Eucerin juga memperkenalkan satu lagi penemuan penjagaan kulit – Spotless Brightening Booster Essence, yang merupakan pati berasaskan air yang pertama daripada Eucerin.
Untuk meraikan kedua-dua inovasi baharu ini, acara selama 7 hari diadakan di ruang legar Sunway Pyramid pada minggu ini. Dicipta dengan teliti sebagai satu perjalanan permulaan, pengguna dijemput untuk menyertai gerakan #FullStopOnDarkSpots pada acara tersebut dengan mengambil bahagian dan berkongsi pengalaman mereka selepas menjalani aktiviti termasuk mengambil ujian kulit diikuti dengan rundingan peribadi, melihat kiosk interaktif serta menikmati peluang bergambar dan menerima sampel Spotless Brightening Skincare secara percuma untuk melengkapkan penyertaan.

SCHA AL-YAHYA
Duta Kempen Eucerin, Francisca Luhong dan tetamu selebriti, Scha Al Yahya turut menyerikan acara tersebut dan berkongsi tentang pengalaman pigmentasi kulit mereka semasa acara panel kecantikan untuk memulakan Cabaran Put a Full Stop on Dark Spots, iaitu satu inisiatif yang terbuka kepada orang ramai untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, dengan pengalaman penjagaan kulit masing-masing, untuk menghentikan bintik hitam secara total dengan Eucerin.

FRANCISCA LUHONG
Eucerin Spotless Brightening Crystal Serum RM 209 (30ml) dan Eucerin Spotless Brightening Booster Essence RM 139 (100ml) boleh didapati di farmasi utama seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Eucerin Malaysia
Artikel berkaitan SELAMAT TINGGAL KULIT KUSAM, HELLO NEW SKIN!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.











