TRIK MELATIH KECERGASAN OTAK
Otak manusia adalah organ paling kompleks dan hebat sehingga boleh menyimpan ribuan data setiap hari. Otak juga mengawal segala pergerakan dan emosi manusia. Oleh itu, GL sediakan beberapa tip untuk meningkatkan keupayaan dan kecerdasan otak. Jangan asyik fikir nak tidur saja!
1. AKTIVITI FOKUS
Contohnya bersenam! Tetapkan matlamat kamu dan lakukan senaman yang membuatkan kamu seronok. Gosok gigi atau melukis menggunakan tangan yang kamu kekok. Contohnya jika kamu selalu menggunakan tangan kanan, tukar ke tangan kiri. Gunakan laluan alternatif lain ketika memandu pulang ke rumah. Kamu boleh gunakan aplikasi Waze pertama kali menggunakan laluan baru, kemudian hafal dan lakukannya tanpa bantuan lain. Ini membantu memori kamu untuk fokus ketika cuba mengingat kembali laluan itu. Tonton filem bahasa asing yang mempunyai sari kata yang kamu faham. Latihan seperti ini membantu otak kamu untuk memproses perkara baru dengan bantuan pendengaran.
2. TIDUR DALAM GELAP
Tidur dalam keadaan terang mengganggu kesihatan tubuh kamu. Cahaya yang terang meningkatkan lagi tahap stres dan membuatkan kamu lapar. Jadi sekarang kamu dah tahu punca sering lapar di waktu malam dan membuatkan kamu tidak lena tidur. Tidur dalam gelap membuatkan kamu lena dan tidur lebih lama 6-8 jam seterusnya merehatkan otak. Ia juga meningkatkan 30% fungsi otak berbanding tidur dalam lampu yang terang.
3. SISTEM PYHTHAGORAS
Sistem ini adalah mengenai latihan mengira, menulis informasi dan nota dan analisis. Berita kurang baik untuk kamu yang kurang gemar subjek Matematik. Sistem ini melatih otak menyelesaikan masalah, menerima info baru dan memproses analisis. Jadi rajin-rajinlah membuat latihan mengira. Kira duit gaji misalnya?
4. SEBARKAN CINTA
Perasaan cinta dan sayang meransang kreativiti otak! Aura positif ini membuatkan otak kamu aktif dan seterusnya menjadi gembira, tenang dan meredakan tekanan. Ambil masa sekurangnya satu jam sehari dengan berbual bersama pasangan, bergurau senda dengan yang tersayang ataupun berikan mereka pelukan. Kenapa perlu membenci sedangkan kamu boleh menyintai?
Sumber: Cosmo
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA
Empat atlet ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang biasanya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
8 ETIKET MEMILIH SONGKOK YANG SEMPURNA DI HARI RAYA
Songkok adalah simbol kehormatan dan kemegahan dalam menyambut Hari Raya yang penuh bermakna. Selain melengkapi penampilan, ia juga simbolik imej.
STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE
Pakaian apa yang patut digayakan untuk temu janji istimewa di Hari Valentine? Amati gaya street style terbaik Romeo Beckham sepanjang masa.