Skip to content

Colgate Purple

UBAT GIGI UNGU TERBAHARU UNTUK SENYUMAN LEBIH BERSINAR

Kongsikan artikel ini

Buat lelaki yang mahukan gigi putih bersinar, ubat gigi ungu Colgate Optic White Purple merupakan ‘beauty hack’ untuk pemutihan gigi dengan teori colour-correction untuk senyuman penuh keyakinan. 

Gen-z kini obses dengan trik kecantikan, tutorial dan paling utama, rahsia untuk mendapatkan penampilan yang sempurna. Walaupun kelihatan seperti banyak, tetapi ironinya, ia masih lagi tidak mencukupi. Ini kerana, kebanyakan daripada mereka terlepas pandang daripada rahsia kecantikan yang paling kritikal – SENYUMAN ANDA!

Untuk memberikan solusi rawatan pemutihan gigi, Colgate memperkenalkan ubat gigi pemutih Optic White Purple terbaharu. Ubat gigi berwarna ungu ini diinspirasi daripada teori pembetulan warna untuk memberikan senyuman yang bersinar. Tidak ketinggalan, ubat gigi ungu ini dapat meningkatkan keyakinan dalam melengkapi rutin kecantikan untuk gigi yang putih berseri.
Colgate Malaysia

Bagaimana Teori Colour-Correcting Ini Berfungsi?

Berdasarkan teori warna, dua warna yang berada berlawanan dalam roda warna dikenali sebagai warna pelengkap. Apabila warna ungu dan kuning dipadukan bersama, dua warna ini akan meneutralkan warna pelengkap tersebut untuk menjadi lebih terang. 

Oleh itu, warna ungu pada ubat gigi Colgate ini menggunakan konsep tersebut dan akan meneutralkan warna kuning pada gigi untuk memberikan ton putih. Sama seperti purple shampoo atau makeup corrector, ia dapat meneutralkan ton kekuningan dan mampu mengelevasikan senyuman anda agar kelihatan lebih menyerlah.

Selain menampilkan ton ungu yang unik, ubat gigi ini juga mengandungi kandungan High Clean Silica dan Core Shell Silica untuk meneutralkan ton permukaan kuning pada gigi.

Colgate Optic White Purple

Definisi Baharu Dalam Pengalaman Memberus Gigi

Ubat gigi Colgate Optic White Purple memberikan definisi baharu kepada pengalaman memberus gigi harian yang unik. Ini kerana ia menghasilkan buih-buih yang juga berwarna ungu terang. Selain memberikan kesegaran pudina dan kemanisan rasa yang menarik. Ia turut sama dapat memberikan hembusan nafas yang segar setiap kali selepas memberus gigi. 

Lebih-lebih lagi buat lelaki. Terutamanya profesional muda dan Gen-Z yang mencari item grooming terbaharu untuk melengkapkan rutin penjagaan dan pemutihan gigi yang terkini. Ubat gigi pemutih ungu ini pastinya akan memberikan keyakinan diri tambahan untuk mencipta momen harian yang lebih bersinar. 

ubat gigi Colgate

Gigi yang putih dan senyuman yang bersinar menjadi pelengkap kepada gaya keseluruhan lelaki moden pada hari ini. Untuk memulakan pengalaman memberus gigi dengan ubat gigi terbaharu daripada Colgate, anda boleh mendapatkan ubat gigi Colgate Optic White Purple melalui Shopee, Lazada, Watsons dan juga Guardian

Baca lebih lanjut: SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?