UJIAN KECERGASAN RONALDO MENGEJUTKAN, MENGALAHKAN PEMAIN 20-AN!
Siapa menyangka, di usia 33 tahun pemain bola sepak handalan, Cristiano Ronaldo masih menjadi pilihan kelab-kelab gergasi walaupun ramai pemain muda silih berganti. Buktinya bekas ‘ayam tambatan’ Real Madrid itu kini sah bergelar penyerang Juventus dengan nilai 105 juta pound, antara nilai perpindahan pemain termahal abad ini!

Apa yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat sukan adalah hasil ujian kecergasan yang dilakukan terhadap Ronaldo. Yang mengejutkan, kemampuan fizikalnya menyamai pemain bolasepak berusia 20 tahun. Menurut laporan rasmi, Ronaldo hanya ada tujuh peratus kandungan lemak badan, tiga peratus kurang daripada jumlah purata pemain bola sepak profesional.
“Saya akan berusaha sehabis baik dalam menunjukkan bahawa saya pemain utama, seperti biasa. Saya akan bekerja keras dalam setiap latihan. Saya sangat bercita-cita tinggi dan saya sukakan cabaran. Saya tidak suka berada di zon selesa”, jelas Ronaldo ketika menandatangani kontrak bersama kelab itu.


Dengan kata lain kekuatan Ronaldo setanding pemain yang 13 tahun lebih muda daripadanya. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan statistik ujian kandungan lemak badan, berat otot dan kepantasan larian beliau walaupun berusia 30-an. Berat ototnya pula 50 peratus atau empat peratus lebih rendah sementara larian terpantasnya ketika Piala Dunia 2018 yang lalu adalah 33.98 kilometer sejam, paling pantas berbanding pemain lain dalam temasya berkenaan.
So guys, apa sebenarnya yang menghalang anda lagi untuk mengamalkan gaya hidup sihat?
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Julai 2018 (Sumber: Awani)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.










