10 STAIL SELEBRITI LELAKI YANG MENCURI PERHATIAN DI FASHION AWARDS 2023
Fashion Awards yang berlangsung pada 4 Disember lalu meriah dengan kehadiran personaliti dan selebriti ternama.
Bertempat di Royal Albert Hall London, Fashion Awards meraikan nama-nama terbesar dalam fesyen British. Kebanyakan tetamu memberi penghormatan kepada beberapa pereka fesyen terkenal dengan menyarung koleksi mereka termasuk Valentino. Ini kerana pengasas jenamanya, Valentino Garavani dianugerahkan dengan Outstandng Achievement Awards pada acara itu.
Majlis tersebut turut membuat kutipan dana untuk BFC Foundation, yayasan yang membantu menyediakan pendidikan, pemberian geran dan bimbingan perniagaan kepada pendatang baru dalam industri.
Tinjau beberapa gaya segak selebriti yang mencuri perhatian lensa kamera di karpet merah Fashion Awards
Bintang Formula One, Lewis Hamilton membuat penampilan istimewa di karpet merah dalam kemeja-T, celana satin dan kot daripada Wales Bonner.

Andrew Garfield memilih tuksedo klasik hitam daripada Valentino yang dipadankan bersama jam tangan mewah Omega.

Cuaca dingin tidak menghalang Lucien Laviscount untuk tampil menggayakan persalinan tanpa lengan. Dia memilih helaian serba putih daripada koleksi Musim Bunga 2024 Dolce & Gabbana.

Aktor Bridgerton, Luke Newton kelihatan segak dalam persalinan hijau sage Ami yang dipadankan bersama kemeja sarat labuci untuk efek glamor.

Seperti biasa, Sam Smith menampilkan ‘drama’ di karpet merah dengan stail tersendiri. Penyanyi ini menggayakan jaket dan skirt mini rekaan Andreas Kronthaler for Vivienne Westwood yang dipadankan bersama but platform.

Bintang Game of Thrones, Sebastian Croft muncul di karpet merah Fashion Awards dalam rekaan pakaian lelaki pertama 16Arlington daripada pengasas dan pengarah kreatif, Marco Capaldo.

Sama seperti Lucien Laviscount, kedinginan musim luruh tidak ‘mengganggu’ Archie Madekwe. Bintang Saltburn ini menggayakan celana pendek bersama kot labuh Prada.

Kit Connor semakin bijak bergaya di karpet merah. Aktor Rocketman ini memadankan kemeja-T dan celana hitam dengan trenchcoat satin rona emas daripada Loewe.

Aktor Emma, Josh O’Connor tampan bergaya dalam sut baldu rona hitam daripada pereka Ireland.

Pemuzik dan hos bersama Fashion Awards 2023 tampil santai dalam sut retrofuturist longgar rona kelabu.

Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











